Connect with us

WTF

“Keluarkan Baju Untuk Jemur, Nampak ‘Arwah’ Tertinggal Dalam Mesin…”

Perkara tidak dijangka sudah pastinya akan berlaku dalam hidup sesorang. Tidak kisahlah sama ada perkara tersebut merupakan tragedi jenaka atau sebaliknya, pasti ada hikmat disetiap kejadian yang berlaku.

Di Twitter, sebuah perkongsian ringkas telah berjaya menggelikan hati ramai pihak dengan kejadian yang menimpa salah seorang pengguna laman tersebut. Siapa bakal sangka, gadis berkenaan tidak sengaja mengambil nyawa seekor tikus dengan cara yang agak ‘tragis.’

Niat nak jemur baju, sekali nampak…

Gadis berkenaan berkongsikan beberapa keping gambar anak tikus, yang dikatakan mati akibat dibasuh bersama-sama baju kotornya. Perkara ini tidak disedari olehnya sehinggalah baju-baju tersebut dikeluarkan dari mesin basuh untuk dijemur.

Jangan risau! Semua dah dibasuh…

Fluffy terus bulunya…

Sudah tentunya, di ruangan komen penuh dengan seloroh daripada para pengguna Twitter yang lain, tentang perkara yang menimpa gadis berkenaan dan tikus malang tersebut.

Dah basuh, nampak macam comel pulak

Pernah juga jadi macam ni…

Kesimpulannya, sebelum meletakkan apa-apa dalam sesuatu tempat, kita digalakkan untuk lakukan pemeriksaan agar tiada makhluk yang tercedera dan bakal memberi kemudaratan kepada sesiapa sahaja.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending