Infozon
“Kelonggaran Bukti Kerajaan Yakin Kepatuhan Rakyat.” -Pakar Kesihatan Awam

Pada akhir Ramadan lalu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ada menjangkakan bahawa kes positi Covid-19 dalam kalangan warga tempatan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan beberapa perayaan besar negara.
Namun demikian, andaian tersebut berjaya dipatahkan dengan penurunan kes melibatkan warganegara Malaysia kerana kepatuhan yang diterapkan dalam diri setiap individu sendiri.
Kepatuhan tinggi rakyat Malaysia
Kawalan ketat daripada pihak kerajaan juga turut membantu jangkaan tersebut daripada berlaku walaupun banyak kelonggaran telah diberikan sejak Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat dikuatkuasa.
Menerusi Berita Harian, Pakar Kesihatan Awam dari Hospital Kasih Cyberjaya, Dr Hanafian Bashirun, berkata pihaknya percaya jika ‘amanah’ ini terus dijaga oleh rakyat, peluang untuk PKPB ditamatkan dalam masa terdekat adalah cerah.
“Kalau kita tengok pola, dengan kelonggaran yang diberikan sedikit demi sedikit ini tidak menjurus kepada lonjakan kes, sekali gus memperlihatkan kepatuhan yang tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.”
Kesedaran kepada pekerja warga asing
Dalam pada itu, Dr Hanafian turut menyatakan agar pihak kerajaan tidak perlu terlalu risau atau bimbang dengan kepatuhan rakyat tempatan kerana sebahagian besar memahami serta akur dengan SOP yang sudah ditetapkan.
Oleh sebab itu, kerajaan perlu memberi lebih kesedaran kepada warga asing yang dilihat masih kabur terhadap bahaya wabak ini.
Jadi, peranan majikan adalah penting ketika ini bagi memastikan setiap pekerja warga asing agar lebih mematuhi SOP yang disarankan kerajaan disamping memberi pendidikan kepada mereka supaya lebih peka dengan bahaya pendemik Covid-19.
Penurunan kes dalam kalangan tempatan yang semakin menunjukkan angka sifar sedikit sebanyak telah membuatkan kerajaan ‘percaya’ bahawa rakyat Malaysia patuh dengan setiap SOP yang diberi.
Oleh itu, dapat kita lihat, hari demi hari, lebih banyak kelonggaran telah diberikan kerajaan sebagai salah satu bukti bahawa rakyat Malaysia mampu hidup dalam norma baru terutamanya selepas Covid-19.
Sumber : Suzalina Halid (Berita Harian)

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit