Connect with us

Infozon

Kelebihan Suami Isteri Ada Akaun Simpanan Bersama Yang Ramai Tidak Tahu

Setiap pasangan berkahwin sama ada yang baru atau sudah lama, masing-masing mempunyai tanggungjawab besar ke atas keperluan keluarga. Terutama dari segi kewangan. Kewangan sangat memainkan peranan penting demi menjamin kesejahteraan keluarga.

Kewangan yang kukuh penting dalam kebahagiaan rumah tangga, jadi adalah lebih baik sekiranya ia dapat digabungkan bersama untuk mengelakkan sebarang masalah kewangan di kemudian hari.

Banyak kajian mendapati, salah satu punca utama perceraian adalah masalah kewangan. Jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyumbang kepada keretakan rumah tangga, malah perceraian.

Jom bongkar lebih dekat salah satu kaedah pengurusan kewangan yang lazimnya untuk pasangan suami isteri, iaitu akaun bersama.

1. Mudah Dipantau

Proses memantau pendapatan menjadi lebih mudah kerana tidak perlu menggunakan akaun yang berbeza. Selain itu, anda tidak perlu memindahkan wang antara akaun yang berbeza. Lebih menarik lagi, akaun bersama memudahkan kita memantau perbelanjaan kedua-dua pihak, jadi anda mengetahui semua perbelanjaan yang dibuat dan tidak berhadapan dengan masalah di kemudian hari.

2. Kos Lebih Rendah

Dalam jangka masa panjang, memiliki sebuah akaun bersama boleh menjimatkan wang berbanding pelbagai akaun persendirian (daripada segi caj bank dan perkhidmatan) kerana lebih banyak akaun anda ada, lebih banyak caj perkhidmatan dan bank yang perlu dibayar

3. Matlamat Bersama

Akaun bersama memudahkan suami isteri untuk fokus kepada matlamat kewangan yang sama. Contohnya, anda boleh membuka akaun bersama untuk pergi bercuti. Kerjasama dan tumpuan untuk mencapai matlamat kewangan yang sama menjadi mudah apabila pasangan sedar yang matlamat tersebut berada dalam kawalan mereka.

4. Membantu Ibu Bapa/ Mentua

Satu cara membantu ibu bapa atau mentua (terutamanya jika mereka sudah berumur) adalah dengan membuka akaun bersama dengan mereka, lebih-lebih lagi apabila mereka tidak berupaya untuk melakukannya sendiri. Dengan cara ini, anda boleh menerima deposit, dan boleh membayarkan bil untuk mereka.

Sumber: Mingguanwanita

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending