Connect with us

WTF

Kelakar! Beli Maggie, Tapi Yang Dapat Hanya Perisa & Garfu Sahaja

Sudah menjadi lumrah bagi seorang pelajar dimana mereka akan menjadikan mee segera sebagai sajian utama pada hujung bulan kerana kekurangan duit perbelanjaan.

Maggi cup atau maggi paket kedua-duanya menjadi kegemaran pelajar kerana mudah untuk didapati dan dimasak.

Namun, apa yang lebih mengejutkan apabila berlakunya tragedi mee segera tersebut hanya dipenuhi dengan garfu dan bahan perasa!

Cup hanya penuh dengan garfu dan perasa sahaja

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @asyraafsyahmi telah memuat naik beberapa keping gambar maggi cup yang dibeli oleh kawannya.

Namun begitu, cawan mee segera tersebut hanya dipenuhi dengan lapan garfu dan lima bahan perasa tanpa sebarang mee.

Kawannya menyedari sesuatu yang pelik berkenaan dengan pembungkus plastik cawan mee segera terbabit akan tetapi dia tidak menyangka perkara sebegini berlaku.

Posting tersebut telah mendapat perhatian warga netizen dan rata-rata mereka berasa lucu dengan kejadian terbabit.

Ternyata ini adalah satu kesilapan yang dibuat oleh syarikat Maggi kerana tidak memeriksa produk tersebut sebelum memasarkannya. Diharapkan agar mereka mendapat ganti rugi di atas kecuaian syarikat terbabit.

Sumber: Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending