Connect with us

WTF

Kekasih Tertidur, Teman Lelaki Tolong ‘Remove Make-Up’ GF Dipuji ‘Sweet’!

Setiap individu pastinya mempunyai cara mereka tersendiri untuk membahagiakan orang yang tersayang. Perlu diingatkan, untuk membahagiakan seseorang, tidak semestinya memerlukan harta, wang dan kebendaan untuk membuatkan mereka tersenyum girang.

Kadang-kala dengan hanya sebuah usaha yang kecil, mampu membuatkan kesayangan menghargainya sampai bila-bila.

Tolong tanggalkan make-up masa GF tertidur

Di Twitter, seorang gadis berkongsikan kisah manis percintaannya apabila teman lelaki dia tolong menanggalkan solekan di wajahnya semasa gadis berkenaan tertidur kepenatan.

Video ringkas yang berdurasi 7 saat itu memaparkan teman lelakinya menelek wajah dan menanggalkan solekan lalu mengucup dahi gadis berkenaan.

Tapi dirakam? LOL…

Sudah tentunya paparan ini mendapat pelbagai pandangan dan juga kritikan terhadapnya. Malah, ada yang mengatakan bahawa ini hanyalah sekadar lakonan sahaja demi meraih perhatian umum sahaja.

“Mampu tengok jelah…”

“Siapa yang rakam ni…”

 

Bukan macam korang, sendu!

Video ini menerima sebanyak 397,200 tontonan serta lebih 4,300  ulang kicau dan 10,200 tanda suka dari kalangan pengguna Twitter.

Sumber: Twitter. 

Continue Reading
Advertisement

Trending