Infozon
Kekal Sihat Pada Usia 80 Tahun, Rakyat Titip Doa Buat Pak Lah

Dalam kita menyanjung pentadbiran pada ketika ini, jangan dilupakan tokoh pemimpin terdahulu yang juga telah banyak melakukan pengorbanan demi bangsa serta negara tercinta.
Salah seorangnya ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih sinonim dengan panggilan Pak Lah dimana sudah jarang mendengar khabar berita mengenai dirinya sejak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri (PM) ke-5 pada 2009.
Walaupun begitu, rakyat yang melalui zaman pemerintahan Pak Lah tidak mudah melupakan jasa dan pengorbanan beliau sehingga digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia.
Seorang pengguna laman Facebook, Muhamad Syafiq Samad menitipkan doa supaya bekas PM itu sentiasa diberikan kesihatan yang baik dalam menjalani kehidupan seharian.
“Ya Allah berikan kesihatan pada bekas PM kita, Pak lah. Semoga kesihatan ayahanda kita sihat selalu amin,” tulisnya.
Menjengah ke laman Instagram anak beliau iaitu Kamaluddin Abdullah, beberapa keping gambar Pak Lah turut dikongsi untuk tatapan umum sekaligus melepaskan rindu orang ramai terhadap tokoh politik berusia 80 tahun itu.
https://www.instagram.com/p/B57-AKdpZ2Q/
https://www.instagram.com/p/Bw5_Ykepc9v/
https://www.instagram.com/p/Bn1bd–g584/
https://www.instagram.com/p/Bk9RNXagDpc/
Semoga Tun terus dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa dibawah lindungan dan rahmatNya serta dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Amin!
Sumber : Facebook , Kamaluddin Abdullah

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit