WTF
Kejam! Bapa Lumur Madu & Ikat Anak Atas Bumbung Sehingga Badan Dikerumuni Lebah

Baru-baru ini, satu kisah tragis berlaku di Mesir di mana seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun telah diikat oleh ayahnya sendiri di atas bumbung dan tubuhnya dilumuri madu.
Perkara tersebut dilakukan oleh si ayah dengan niat untuk menghukum anaknya atas tuduhan mencuri.
Sebuah gambar memperlihatkan anak kecilnya bernama Muhammad D sedang terbaring dikerumuni lebah dan nyamuk sambil tangannya diikat dengan tali pada sebatang tiang, menjadi tular di serata portal berita Mesir.
Hukum anak atas tuduhan mencuri
Difahamkan lagi, kisahnya bermula apabila salah seorang jiran telah menuduh kanak-kanak itu mencuri.
Justeru itu, ayahnya yang berusia 34 tahun bertindak menghukum anaknya itu dengan melumurkan madu di atas badannya dan membiarkannya terikat pada tiang di atas bumbung rumah.
Lebih menyedihkan apabila ditemui, badan Muhammad dikerumuni lebah dan nyamuk kerana madu yang memenuhi seluruh tubuhnya. Namun begitu, tidak diketahui berapa lama kanak-kanak itu dibiarkan oleh ayahnya di situ.
Badan dipenuhi sengatan lebah
b
Memetik laporan Daily Star, ibu kepada Muhammad yang berusia 29 tahun terkejut sewaktu melihat hukuman anaknya itu dan meminta pertolongan daripada pertubuhan keselamatan kanak-kanak.
Menurut si ibu lagi, yang kini menetap di perkampungan berbeza, turut mendakwa bahawa lelaki itu sering memukulnya dan mencari cara baru untuk menyeksa anak mereka.
Setakat ini, ayahnya sudah ditangkap oleh pihak berkuasa namun adalah tidak jelas sama ada dia telah didakwa secara rasmi atas kesalahan menyeksa anaknya itu.
Sumber: Daily Star (James Caven)

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit