Connect with us

WTF

Kejam! Bapa Lambung, Tampar & Sembur Muka Bayi Usia 2 Bulan Dengan Racun Serangga

Bapa berhati binatang! Malang sekali buat seorang bayi lelaki berusia dua bulan 20 hari, apabila bapa kandungnya sendiri sanggup menyembur racun serangga ke arahnya kerana tidak mahu berhenti menangis.

Kejadian berlaku di Taman Pauh Indah, lebih teruk lagi bapa berusia 39 tahun bukan sahaja menyebur racun seranggan, malah bayi itu turut dikasari dengan kejam.

Lambung dan tampar!

Suspek dilaporkan turut menampar muka dan melambung bayi itu, kesan kecederaan dapat dikenal pasti selepas pihak polis menerima laporan daripada doktor yang merawat mangsa.

Menurut Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, Hasil laporan perubatan mendapati bayi lelaki itu berada dalam keadaan kurang aktif selain bibirnya menjadi kebiruan.

Malah, pihak hospital juga mengesan kecederaan pada belakang kepala dan leher selain terdapat kesan kemerahan ditemui pada kepalanya.

Isteri mengaku suami cederakan anak

Difahamkan, ibu mangsa ketika dihubungi mengaku, bahawa suaminya telah menyembur racun serangga pada muka dan mencederakan mangsa.

Mangsa kini dirujuk kepada Pakar Kanak-Kanak Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk pemeriksaan lebih lanjut, dan bapanya kiniĀ  ditahan dan direman untuk siasatan lanjut.

Sumber : Berita Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending