Connect with us

Infozon

Keindahan Pantai Membiru Palestin Ditutup Oleh Peluru & Bedilan Zionis

Sejak akhir-akhir ini, negara Palestin dilihat kembali bergolak. Dengan bedilan-bedilan daripada pihak rejim Zionis telah mengakibatkan banyak kemusnahan serta kecederaan yang membawa kepada kematian.

Mereka dilihat hidup dalam ketakutan kerana bila-bila masa sahaja akan berlaku kekacauan yang tidak terduga berpunca daripada pihak Israel.

Penuh warna-warni disebalik bedilan peluru

Namun begitu, menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna laman sosial tersebut telah berkongsi sisi lain pemandangan indah negara tersebut.

Sebenarnya, Palestin adalah sebuah negara yang cantik dan penuh monumen bersejarah yang boleh memberi pelbagai ilmu baru.

Seni bina bangunan yang klasik serta pemandangan kawasan tumpuan pelancongan indah telah membuatkan ia tertutup akibat daripada kesan peperangan yang melanda.

Diwartakan sebagai tapak UNESCO

Ada muzium untuk dilawati

Pantai yang cantik & jadi tarikan pada musim panas

Perkongsian daripada pengguna Twitter yang mempunyai hubungkait dengan negara tersebut membuatkan kita berfikir betapa cantiknya negara teluk itu.

Namun, disebabkan kerakusan rejim Zionis yang cuba untuk merampas tanah penduduk asal, negara tersebut kucar-kacir hingga menyebabkan kemusnahan pembangunan disana.

Bukan itu sahaja, mereka juga telah membuatkan penduduk Palestin hidup dalam ketakutan di tanah sendiri kerana bila-bila masa sahaja harta dan nyawa mereka akan diambil sewenang-wenangnya.

Sumber : Dalya Al-Masri

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending