Connect with us

Infozon

Kedudukan Covid-19 Malaysia Di Dunia Terus Menurun Dengan Pelaksanaan PKP

Kedudukan Malaysia di dalam senarai negara yang telah dijangkiti Covid-19 menurun secara berterusan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menunjukkan keputusan memuaskan.

Menurut laporan, Malaysia kini berada di kedudukan ke-30 pada 6 April berbanding pada 19 Mac yang berada di kedudukan 17 dengan kes jangkitan 3,662 dan 1,005 pesakit yang sembuh serta 61 kematian.

Data statistik dari University John Hopkins menunjukkan negara seperti Chile, Denmark dan India mula mengatasi kedudukan Malaysia di dalam senarai tersebut.

Fakta itu disokong oleh Profesor Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Kesihatan Mikrobiologi dan Perubatan Parasitologi yang menegaskan kes Covid-19 terbaru di Malaysia mula menunjukkan bentuk mendatar.

“Sejak PKP bermula pada 18 Mac telah menunjukkan keputusan yang positif dengan anggaran jangkitan dalam 110 hingga 235 kes beberapa hari yang lalu.
“Walaupun ada jangkaan gelombang ketiga peningkatan kes Covid-19 namun kita dapat lihat statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terbaru terus menunjukkan keputusan yang bagus,” ujarnya.

Ini merupakan perkembangan yang baik buat rakyat Malaysia. Sekiranya ingin wabak ini berakhir, orang ramai diminta untuk mengikut PKP dan duduk di rumah sehingga pengumuman selanjutnya dimaklumkan nanti.

Sumber: World of Buzz

Continue Reading
Advertisement

Trending