Connect with us

WTF

Kedekut Beli Barang Dapur, 1 Keluarga Rela ‘Kutip’ & Makan Bangkai Haiwan Tepi Jalan

Baru-baru ini di Amerika Syarikat, tular satu kisah tentang sepasang suami isteri bersama dua anak mereka yang dilaporkan terlalu ‘kedekut’ sehingga sanggup memasak dan memakan bangkai haiwan yang dikutip di tepi jalan.

Menurut laporan The Sun, keluarga itu mengambil tindakan tersebut sebagai kaedah untuk berjimat-cermat.

Kisah tentang pasangan dikenali sebagai Vickie dan John tersebut disiarkan dalam salah satu episod program televisyen Extreme Cheapskate terbitan stesen televisyen TLC.

Untuk pengetahuan ramai, program Extreme Cheapskate adalah sebuah rancangan yang memaparkan tahap ‘kedekut’ seseorang manusia sehingga sanggup melakukan perkara diluar jangkauan akal.

Bagi Vickie, John dan anak-anaknya, mereka akan keluar bersama-sama untuk ‘memburu’ bangkai haiwan yang mati di tepi jalan untuk dijadikan sebagai makanan.

Advertisement

Menurut John, dia tidak kisah untuk memakan bangkai masih baharu dan segar yang ditemui di tepi jalan.

“Ia menjimatkan duit saya,” katanya.

Selain itu, pasangan terbabit turut menggunakan bulu haiwan jalanan yang ditemui untuk dijadikan hadiah kepada rakan-rakan mereka.

Tambah John lagi, cara itu membuatkan mereka mampu berjimat ketika sambutan Hari Krismas dan juga hari jadi rakan-rakan mereka.

“Bulu haiwan sangat mahal namun kalau ia boleh dijumpai di tepi jalan sudah tentu kosnya lebih rendah,” kata John.

Memandangkan isterinya, Vickie akan mengambil kulit haiwan jalanan yang telah mati itu untuk dijadikan hadiah seperti topi dan sarung tangan, sudah tentu menjimatkan duit mereka dari membeli hadiah di kedai-kedai berjenama.

Sumber: The Sun US (Patrick Knox)

Advertisement

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending