Connect with us

Inspirasi

Kecik2 Dah Sedar Diri, Budak Solat Masa Tolong Ibu Di Kedai

Tanggungjawab untuk mendidik anak-anak perihal agama bukan satu perkara yang mudah. Tidak seperti mengajar huruf ABC atau bilangan 123, tetapi mereka perlu faham tujuan sebenar solat itu dilaksanakan.

Namun bertuah bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak menunaikan solat ‘on-time’ tanpa disuruh. Memang terharu apabila mereka menghamparkan sejadah dan menghadap penciptaNya.

Perkara indah itu disyukuri seorang ibu, Wan Lydia Abd Razak apabila melihat anak lelakinya yang dikenali sebagai Adam mengerjakan solat walaupun sibuk membantunya di kedai mereka.

Lengkap dengan air wuduk serta arah kiblat yang betul, kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun itu kelihatan khusyuk melakukan setiap pergerakan.

‘Sejuk hati’ bila tengok anak-anak kecil sudah memahami tanggungjawab sebagai hamba di atas muka bumi ini. Tak perlu la mak ayah nak membebel suruh solat bila besar nanti. Semoga menjadi anak yang soleh ya!

Sumber : Wan Lydia Abd Razak

Continue Reading
Advertisement

Trending