WTF
Kecewa Telur & Sarang Hancur Musnah, Ibu Angsa Mati Akibat Terlalu Bersedih

Naluri keibuan bukan sahaja dimiliki oleh manusia sahaja, bahkan haiwan-haiwan juga mampu menunjukkan kasih sayang terhadap induk mereka persis seperti manusia. Oleh itu, masyarakat disarankan untuk tidak melalukan penderaan dan penganiyaan terhadap haiwan-haiwan terutamanya yang masih kecil.
Di tasik di Manchester, seekor angsa telah dilaporkan mati angkara kecewa dengan perbuatan manusia kejam yang berkunjung di taman rekreasi berkenaan. Haiwan itu dikhabarkan mati akibat terlampau kecewa dan bersedih apabila telurnya yang masih belum menetas telah dipecahkan.
Menurut The Manchester Evening News, sekumpulan remaja lelaki dilihat melemparkan batu bata kearah pulau tempat angsa itu bersarang. Akibat daripada itu, tiga daripada enam telur angsa itu terselamat manakala yang lain telah pecah begitu sahaja.
Ekoran kejadian berkenaan, angsa tersebut telah hilang dan tidak dapat dijejaki serta tidak lagi kembali ke sarangnya itu semula. Bahkan, aktivis hidupan liar mempercayai bahawa haiwan tersebut kemungkinan telah mati akibat terlalu kecewa dan bersedih dengan insiden yang menimpa telur-telurnya itu.
“Tidak banyak yang dapat saya katakan. Dia mungkin telah mati kerana patah hati, dia kehilangan pasangannya dan sarang yang musnah.” Jelas aktivis hidupan liar.
Sumber: Era. Je

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit