Connect with us

WOW

Kebesaran Allah! Burung2 Kelilingi Atas Kaabah Seakan Buat Tawaf Seperti Manusia

Berikutan jangkitan COVID-19 yang berlaku di Arab Saudi, kawasan sekitar Kaabah terus ditutup bagi mencegah wabak tersebut daripada terus merebak.

Terbaru, sebuah video dikongsi IlmFeed menunjukkan sekumpulan burung berterbangan dalam lingkaran di atas Kaabah menjadi perhatian penonton di Instagram.

https://www.instagram.com/p/B9pUf38HfoE/

Rakaman video berdurasi 23 saat itu memaparkan sekumpulan burung berkenaan berlegar-legar dari kiri ke kanan selain berkicauan mengelilingi atas Kaabah.

Meninjau ruangan komen, terdapat individu yang mempersoalkan mengenai maksud tersirat di sebalik kejadian tersebut yang menerima pelbagai maklum balas netizen lain.

Ramai kagum melihat kebesaran Allah SWT dengan mengucapkan rasa syukur serta menyatakan sekumpulan burung itu seakan-akan membuat tawaf seperti yang dilakukan jemaah.

Burung lakukan perkara sama seperti manusia

Allahuakbar!

Walaupun pemilik Instagram mengatakan kejadian itu tidak membawa sebarang maksud, namun netizen mengeluarkan pendapat masing-masing yang percaya bahawa setiap kejadian berlaku pasti ada hikmahnya.

“Ia tidak membawa maksud apa2” – Admin

Sumber : Instagram

Continue Reading
Advertisement

Trending