Inspirasi
Keberanian Wartawan Gaza Jadi Punca Tersebarnya Kekejaman Zionis

Sejak akhir-akhir ini, kita sering dihidangkan dengan gambar-gambar menyayat hati dari Tebing Barat, Palestin. Kisah penderitaan penduduk disana yang teruk diserang rejim Zionis benar-benar mengundang sebak dunia.
Serangan yang bertali arus serta gambar kecederaan penduduk yang tidak berdosa telah tular di media sosial dan berjaya membuka mata banyak pihak bagi memberikan bantuan.
Namun, ramai tidak tahu bahawa jurugambar dan juga wartawan adalah orang paling penting menjadi pelopor kepada tularnya berita dan gambar kesengsaraan disana.
Sabung nyawa rakam detik diserang
Menerusi satu perkongsian yang ditemui di Twitter, satu akuan media sosial tersebut telah memuat naik gambar beberapa orang jurugambar sedang bersedia dengan kamera bagi mendapat foto terbaik di Palestin untuk di khabarkan kepada dunia.
It is because of these brave Palestinian journalists that we can show the Israeli occupation forces' brutality during attacks on the #Gaza Strip.
May God grant you more strength.#GazaUnderAttack pic.twitter.com/6hHpN9ScsN— We Are Not Numbers #Gaza (@WeAreNotNumbers) November 14, 2019
Kes wartawan dibedil tular
Tugas getir mereka boleh dikatakan merbahaya berikutan menunggu apa-apa kejadian yang boleh mereka laporkan bagi memberikan berita terbaik buat umum.
Hal ini terkaitlah dengan situasi yang tengah tular mengenai seorang pengamal media yang terpaksa dibuang mata kirinya akibat dibedil tentera Israel semasa melakukan liputan pada satu tunjuk perasaan di Gaza.
Sehubungan dengan itu, seharusnya kita memberi kredit kepadapara wartawan dan juga jurugambar Palestin yang sanggup syahid demi melaporkan kesengsaraan Tanah Air mereka yang teruk ditindas Israel.
Semoga pengorbanan mereka mendapat ganjaran terbaik di dunia dan akhirat.
Sumber : Wearenotnumbers

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit