Connect with us

WOW

Kebajikan Rakyat ‘Tip Top’, Kerajaan Dapat Pujian Melambung Dari Warga Indonesia

 Semejak Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa pada 18 Mac 2020, serta merta telah membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia resah dengan pelaksanaannya. ‘Bercuti’ panjang ini bermakud terpaksa menghentikan segala pencarian rezeki yang sudah pastinya menjejaskan kewangan mereka.

Namun begitu, kerajaan telah tampil menyediakan insiatif yang membuatkan kebanyakan rakyat Malaysia menghela nafas lega. Pelbagai pekaj ransangan ekonomi telah diperkenalkan demi memastikan kebajikan masyarakat terjaga sepanjang tempoh PKP ini dilaksanakan.

Terkejut dengan pelaksanaan kerajaan Malaysia!

Dalam satu saluran YouTube yang disiarkan seorang YouTuber Indonesia ‘Macan Idealis’ bertajuk ‘Mengejutkan! Beginilah Kondisi Terkini di Malaysia’, telah ditonton lebih 500,000 setakat ini.

Malah video ini juga telah meraih lebih 5,000 komen daripada penonton yang terdiri daripada warga Indonesia dan juga Malaysia sendiri.

Puji kebajikan yang diberikan kepada rakyat

Warganet di Indonesia memuji tindakan kerajaan Malaysia membantu rakyat yang terjejas pendapatan mereka ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani penularan virus COVID-19.

“Malaysia hebal, adil dan bijaksana…”

“Kebajikan bisa diterima oleh semua rakyat…”

Akui pemerintah Malaysia lebih bijaksana…

Kebanyakan mereka kagum dengan pelabagai bantuan kewangan dan inisiatif lain bagi membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan PKP ini. Malah, kebanyakan mereka berharapa agar kerajaan Indonesia dapat mengikut jejak langkah yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia

Sejak 16 Mac, Indonesia juga melaksanakan perintah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) secara berperingkat-peringkat dalam menangani penularan COVID-19.

Sumber: Bernama, YouTube.

Continue Reading
Advertisement

Trending