Connect with us

WTF

Ke Rumah Sewa Nak Buat Kejutan, Pemuda Hiba Pintu Dibuka Skandal Kekasih

Setiap pasangan yang bercinta pasti gembira apabila mendapat kejutan daripada buah hati tersayang. Lebih-lebih lagi jika yang berniat memberikan kejutan seperti surprise birthday itu datangnya dari lelaki.

Effort sebegitu sentiasa dinantikan oleh setiap anak muda terutamanya kaum wanita kerana merasa dihargai sekali.

Nak buat kejutan tapi diri sendiri yang terkejut

Namun, berbeza dengan perkongsian pemuda menggunakan nama akaun TikTok @bulevotanoffical2 apabila perancangannya membawa kek ulang tahun dan membuat kejutan untuk kekasihnya dibalas dengan rasa kecewa apabila wanita berkenaan ada bersama lelaki lain.

@bulevotanofficial2

pengalaman yg ngga bakalan gw lupain seumur hidup…

♬ suara asli – bulevotan official – bulevotan official

Dah siap2 record nak letak dekat IG momen kejutan

Video tersebut dirakam tanpa sengaja ketika dia menyalakan lilin dan membuat rakaman untuk momen itu bagi dimuat naik ke IG story.

Ternyata apa yang dirancang tidak sama seperti yang diimpikan kerana yang membuka pintu rumah kekasihnya adalah skandal wanita itu.

Kecewa rupanya kekasih ada skandal lain

Menurutnya lagi, kekasihnya yang melihat dia membawa kek hari jadi hanya mampu terdiam dan tidak berdaya berbuat apa-apa kerana sudah ‘tertangkap’ mempunyai hubungan lain di belakangnya.

Jadi pemuda itu hanya mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi dengan air mata yang mulai berkaca-kaca selepas mengetahui dirinya dikhianati.

Perkongsian video di aplikasi TikTok pemuda itu telah ditonton lebih daripada 4 juta views walaupun baru sehari ia dimuat naik.

Masing-masing meninggalkan komen dengan mengakui sebak mendengar kisah pemuda itu dan mendoakan agar dia mendapat wanita yang lebih baik daripada kekasihnya yang curang tersebut.

Sumber: TikTok @bulevantonofficial2

Continue Reading
Advertisement

Trending