Connect with us

Inspirasi

Kasut Lusuh Sampai Nampak Kaki, Tapi Setia Pakai Hari2

Faktor kemiskinan bukan penghalang bagi segelintir individu untuk meneruskan kehidupan mereka dalam serba kekurangan.

Tidak terkecuali bagi seorang budak lelaki yang tinggal di sekitar kota Urfa, Turki dimana dia masih memakai sepasang kasut yang kelihatan lusuh dan koyak.

Sudah jelas lagi nyata, lemiskinan mengajar mereka untuk menjadi seseorang yang lebih kuat, tenang serta tabah dalam menghadapi kesukaran.

Walaupun keadaan kasutnya kelihatan sangat daif sehingga menampakkan bahagian kaki, budak terbabit masih setia memakai kasut berkenaan.

Posting gambar tersebut dimuat naik oleh pengacara iaitu Ahmad Fedtri Yahya yang sedang melakukan penggambaran untuk program Jejak Rasul bagi musim akan datang.

Malah gambar itu turut mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka berasa simpati dengan nasib budak berkenaan selain meluahkan rasa syukur dengan nikmat Allah SWT.

Sumber : Fedtri Yahya

Continue Reading
Advertisement

Trending