Connect with us

Detik

Kapal Pecah 3 Bahagian, Ucapan #PrayForNaggala402 Penuhi Laman Sosial

Khabar duka mengenai kapal selam KRI Naggala-402 milik Tentera Laut Indonesia yang disahkan tenggelam bersama 53 krunya pastinya membuatkan rakyat negara tersebut berada dalam dukacita.

Menerusi laporan daripada Kumparan News, pihak Panglima  TNI Marsekal Hadi Tjahjanto memaklumkan kesemua kru kapal telah dilaporkan terkorban memandangkan tiada siapa dapat menyelamatkan diri apabila kapal tenggelam sedalam 839 meter di perairan Bali.

Hal ini susulan penemuan kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan, kemudi selam timbul dan bahagian kapal lain.

Trending di media sosial

Sehubungan dengan itu, media sosial telah dipenuhi dengan hashtag #prayfornaggala402 dan trending nombor satu sejak beberapa hari selepas kehilangan kapal selam berkenaan dilaporkan.

Salam takziah buat seluruh penduduk Indonesia

Pelbagai coretan dan luahan warganet disampaikan melalui hashtag tersebut dan rata-rata mengucapkan selamat jalan buat kesemua kru yang terkorban ketika bertugas.

Mereka juga sempat mendoakan agar kesemua ahli keluarga yang ditinggalkan bertabah dan bersabar dengan ujian yang maha berat ini memandangkan tragedi tersebut berlaku ketika bulan Ramadan.

https://twitter.com/zyrrish/status/1386291515215908871

Berehatlah pelaut kami!

https://twitter.com/alsynna/status/1386286038167875584

Semoga keluarga yang ditinggalkan terus kuat & tabah

https://twitter.com/loeycnvs/status/1386283981197365253

Sampai jumpa…

https://twitter.com/albumlouie/status/1386290310779572228

Mereka tidak hilang, mereka tidak tenggelam…

https://twitter.com/_chesalestyn/status/1386285227719286787

Pastinya khabar tersebut bukan hanya dirasai rakyat Indonesia, bahkan negara-negara jiran juga merasai kesedihan yang pastinya memberi kesan jangka panjang buat ahli keluarga para kru kapal.

Semoga semua ahli keluarga mangsa yang terkorban terus kuat menghadapi dugaan ini dan roh mereka yang telah pergi dalam peristiwa duka Nanggala 402 ditempatkan di dalam kalangan orang yang beriman.

Salam takziah.

 

Sumber: #PrayForNaggala402, Kumparan News

Continue Reading
Advertisement

Trending