Connect with us

Cute

Kantoi Berdating Keluar Berdua, Yeon Woo Dan Lee Min Ho Digosip Bercinta

Pelakon kacak Lee Min Ho dilihat menyambut hari lahir bekas penyanyi kumpulan Momoland, Yeon Woo pada tanggal 1 Ogos yang lalu.

Pasangan tersebut dikatakan telah menjalinkan hubungan selama 5 bulan selain berkongsi minat yang sama untuk mengisi masa lapang.

“Kantoi dating pukul awal pagi”

Menurut sumber, aktor tersebut telah mengajak wanita itu untuk datang ke rumahnya pada 31 Julai sebelum kedua-dua mereka dilihat mengunjungi panggung wayang bersama.

Gosip pasangan itu menjadi perbualan hangat selepas gambar dating mereka mula tular.

“Tak suka berahsia”

Menerusi seorang kenalan, Lee Min Ho dikatakan sentiasa terbuka dengan hubungan pencintaannya selain tidak pernah merahsiakan perkara itu.

“Lee Min Ho merupakan seorang yang sentiasa jujur mengenai hubungan peribadinya. Dia tidak akan merahsiakan perkara tersebut selain gemar untuk meluangkan masa lapang di tempat awam”

Bagaimanapun menurut agensi Lee Min Ho, MYM Entertainment, gosip tersebut adalah tidak benar kerana mereka hanya berhubung sebagai teman sahaja.

Advertisement

Tambah agensinya, mereka turut ditemani oleh beberapa orang rakan dan bukannya meluangkan masa berdua.

Yeon Woo yang telah meninggalkan kumpulan Momoland kini giat mencipta namanya dalam bidang lakonan.

Sumber: D.Kim/soompi

Continue Reading
Advertisement

Trending