Connect with us

Inspirasi

Kanak2 Hurai Sabda Rasulullah Tentang Kedudukan Wanita Ikut Gaya Ustaz TV

Kanak-kanak ibarat kain putih dan kita sebagai orang dewasa bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Oleh hal yang demikian, jika kita mendedahkan perkara-perkara yang baik kepada mereka, sudah tentu mereka akan mudah menuruti.

Bagi ceramah dekat orang dewasa

Menerusi satu perkongsian video yang tular di media sosial baru-baru ini, seorang kanak-kanak diihat dengan petah telah berbicara mengenai sabda Rasulullah kepada beberapa orang dihadapannya.

https://www.instagram.com/p/B3raX6pAbda/

Seperti ustaz dalam TV!

Video yang dipercayai dirakam dari Indonesia dilihat sangat menarik kerana kanak-kanak itu menceritakan perihal wanita dan juga ibu dalam hidup seseorang lelaki.

Walaupun berhadapan dengan ramai orang dewasa, kanak-kanak tersebut langsung tidak kekok dan tetap meneruskan percakapannya seolah-olah seperti seorang ustaz di kaca televisyen.

Perkongsian yang dibuat oleh kanak-kanak tersebut begitu bagus kerana menjelaskan bahawa kasih sayang ibu sangat besar dan tiada mana-mana wanita pun yang sanggup mengasihi kita sebegitu hebat.

Pengorbanan besar seorang ibu membuatkan darjat wanita itu diangkat tinggi oleh Allah S.W.T. Hal tersebut juga dijelaskan oleh kanak-kanak itu yang turut memberi pesanan kepada para pendengar ceramah ringkasnya.

Sumber : Sinar FM, Pak Ngah Enal

 

Continue Reading
Advertisement

Trending