Connect with us

Detik

“Kami Malu Dengan Tindakan Israel!” – Kutuk Zionis, Yahudi Ortodoks Laung Sokongan Terhadap Palestin

Pergelutan antara Palestin dan Rejim Zionis Israel yang semakin menjadi-jadi sejak penghujung Ramadan dilihat bagaikan tidak berpenghujung.

Sehingga kini, ramai rakyat Palestin yang tidak bersalah menjadi mangsa dan terkorban akibat serangan roket serta bom dari tentera Zionis Israel.

Sehubungan itu, umat Islam di seluruh dunia mengecam tindakan Rejim Zionis Israel.

Dalam pada itu, mereka turut menuding jari dan menyalahkan semua golongan ‘Yahudi’ yang disifatkan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini telah berlangsung beberapa perarakan anti-Zionis di sekitar negara Barat yang turut melibatkan masyarakat ‘Yahudi’ Ortodoks.

Menerusi beberapa ciapan di Twitter, segelintir netizen berkongsi gambar dan video sewaktu perarakan yang berlangsung di United Kingdom serta Washington DC, Amerika Syarikat.

Dalam perkongsian-perkongsian itu, majoritinya memperlihatkan golongan Yahudi Ortodoks memegang sepanduk bertulis ‘Judaisme menolak zionis’. Bukan itu sahaja, mereka turut membawa dan mengibarkan bendera Palestin.

Siapakah golongan Yahudi Ortodoks?

Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, siapakah gerangan Yahudi Ortodoks ini? Mengapa mereka menyokong Palestin dan mengecam Israel? Bukankah mereka juga Yahudi?

Memetik rujukan fakta dari Blog Layar Kehidupan, secara umumnya Yahudi adalah suatu bangsa bukan agama sepertimana yang disangka ramai orang.

Sebutan Yahudi berasal dari perkataan Yahuza. Yahuza adalah nama salah seorang daripada 12 orang anak Nabi Yaakub.

Difahamkan, Yahudi Ortodoks pula merupakan cabang dari agama Agama Judaisme yang sangat radikal. Penganutnya dikenali sangat mentaati seluruh hukum dan peraturan dalam kitab Taurat.

Judaisme adalah suatu agama bagi bangsa Yahudi, tapi harus diingatkan bahawa tidak semua bangsa Yahudi menganut agama ini.

Zionis pula merupakan sebuah fahaman atau gerakan dan ia bukanlah suatu agama. Fahaman inilah yang menjadi pegangan kuat Rejim Zionis di Israel yang menyerang rakyat Palestin.

Menurut penganut Judaisme (Yahudi Ortodoks), zionis tidak melambangkan seluruh bangsa Yahudi mahupun agama mereka, Judaisme.

Bukan itu sahaja, mereka turut menentang fahaman zionis secara keras-kerasan dan melawan penguasaan Rejim Zionis Israel.

Menentang Zionis Israel

Berbalik pada cerita tentang perarakan anti-Zionis di atas, beberapa laman sosial di Instagram dan Twitter menyiarkan video menunjukkan golongan Yahudi Ortodoks memberi ucapan sokongan terhadap Palestin.

Salah satunya seperti yang dikongsi oleh Instagram @doseofsociety, di mana seorang lelaki Yahudi mengakui berasa MALU dengan tindakan Zionis Israel.

Di samping itu, dia turut memberi kata-kata semangat buat rakyat Palestin agar jangan menyerah kalah dan terus bangkit menentang kekejaman Zionis Israel.

Jangan mengalah, teruskan berjuang! Pada akhirnya Palestin akan bebas jua kerana ia merupakan satu kebenaran,” katanya.

Beri sokongan penuh buat Palestin

Selain itu, seorang warga emas berbangsa Yahudi mengecam tindakan Israel yang mendakwa mereka merupakan ‘negara Yahudi’ yang memperjuangkan agama serta kitab Taurat.

Namun perkara itu hanyalah helah semata-mata untuk menutup mata masyarakat dunia terhadap kekejaman mereka.

https://twitter.com/quienbahiyah/status/1392630085090373634

Warga emas itu turut melaungkan sokongan penuh terhadap Palestin dan menyatakan bahawa ‘Tuhan berada di sisi kita dan  sentiasa bersama kita semua’.

Sementara itu di Washington DC, Amerika Syarikat, perarakan anti-Zionis turut diadakan oleh golongan Yahudi Ortodoks secara besar-besaran.

Mereka turut menyampaikan mesej yang sama iaitu menyokong Palestin dan mengutuk serta menentang habis-habisan tindakan Zionis Israel.

Sumber: Blog Layar Kehidupan, Twitter @cosmokramer, Twitter @ErenaTakeuchi, Instagram @doseofsociety, Twitter @QuienBahiyah

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending