Connect with us

Infozon

‘Kalau Ustaz Tidak Tahu, Belajarlah Dari Mereka yang Lebih Berilmu’ – Doktor

Ada sahabat mengirimkan video seorang ustad yang sedang berceramah. Saya tidak kenal ustad itu tapi mengikut sahabat saya, ustad itu agak terkenal kerana join program realiti Pencetus Ummah.

Baca artikel berkaitanWajib hukumnya menghisap rokok – PU Faiz

Saya terkejut melihat cara mudah ustad tersebut membuat hukum dengan hanya menggunakan akal. Beliau mengatakan:

1. Merokok bukan pembaziran kerana jika kita mendapat manfaat dari sesuatu, maka ia bukan pembaziran.

2. Merokok boleh jadi hukumnya wajib bagi sesetengah orang misalannya seorang nelayan.

3. Rokok tidak disebut secara jelas dalam Quran yang ianya adalah haram. So, jangan rigid sangat berhukum.

4. Rokok tak bawak mudarat pada semua orang. Ada yg hisap rokok hidup sampai 145 tahun.

5. Jika segala yang membawa mudarat itu haram, mengapa tidak diharamkan gula, nasi dan sebagainya yang boleh membawa penyakit kencing manis.

Sahabat2 semua…berhati2lah apabila hendak mengambil ilmu dari golongan agama. Ambillah mereka2 yang memberi pandangan dengan meletakkan Quran dan Hadis dihadapan dan tidak mendahulukan akal dan logik fikiran.

Apabila timbul isu hukum rokok yang melibatkan soal kesihatan, Allah dan Rasul menyuruh kita merujuk kepada golongan yang ahli dalam bidang tersebut. Dalam soal kesihatan, kami para doktorlah ahlinya. Maka Majlis Fatwa Kebangsaan negara kita dan para ulama2 muktabar seluruh dunia mengeluarkan fatwa setelah mendengar pendapat doktor.

Kajian tentang kemudaratan rokok telah menghampiri tahap mutawatir hingga para doktor sedunia secara jumhur akan berkata rokok membawa kebinasaan dan kerosakan pada masyarakat. Tidak ada doktor yang waras yang akan berkata rokok tidak merosakkan tubuh badan kerana ia terbukti menyebabkan pelbagai penyakit seperti kanser, sakit jantung, stroke dan sebagainya.

1. Dari segi ekonomi juga, ia terbukti merupakan satu pembaziran kerana perbelanjaan mahal utk penagihan yang sia-sia dan sengaja menjerumuskan diri dalam kebinasaan.

Pemikiran simplistik dengan mengatakan bahawa rokok ada manfaat dan oleh itu ia bukan merupakan pembaziran adalah merupakan pemikiran yang amat bahaya!

Apakah selepas ini kita akan berkata bahawa arak juga boleh diminum kerana terbukti secara saintifik kini, pengambilan arak red wine pada kuantiti yang sederhana mampu mencegah penyakit jantung?
Apakah babi juga boleh dimakan kerana di dalam babi juga ada manfaat yang semakin terbukti? Amat malang jika kita berhukum dengan cara demikian kerana kaedah berhukum sebenar adalah dengan menilai kebaikan dan keburukan benda. Jika keburukan jauh mengatasi kebaikan, hukumnya adalah jelas haram.

2. Ustad berkenaan memberikan contoh, jika sekiranya seorang nelayan yang pasti akan mabuk laut tanpa rokok, hukum baginya menghisap rokok adalah wajib kerana mencari nafkah adalah wajib.

Jika begini cara hukumnya, seorang jaga/guard juga boleh menggunakan kaedah yang sama untuk menonton video lucah. Ini adalah kerana menonton video lucah akan mengelakkan dirinya dari mengantuk kerana ia adalah ketagihan baginya. Boleh ka?

Kaedah yang sepatutnya nelayan tersebut amalkan adalah menghentikan tabiat kejinya menghisap rokok. Tidak semua nelayan pun hisap rokok dan bagaimana mereka boleh melakukan? Jika pekerjaan memerlukan kita melakukan sesuatu yang haram, maka eloklah kita cari pekerjaan lain kerana Islam tidak menerima perkara syubahah apatah lagi yang telah difatwakan haram.

3. Soal rokok tidak disebut secara jelas keharamannya di dalam Quran dan hadis tidak timbul kerana Allah sendiri menyuruh:

“… maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan (pakar dan ahli bidangnya) jika kalian tidak mengetahui.”
Surah an-Nahl: 43.

Maka kami para doktor menilai berdasarkan ilmu yang kami ada bahawa merokok membawa kebinasaan. Persoalan sudah dijawab.

Mengguna pakai kaedah sesuatu yang tidak disebut haram dalam Quran dan Hadis adalah halal, akan membuatkan banyak perkara2 lain seperti menghisap dadah, menonton video lucah, riba internet banking, phone sex dan sebagainya menjadi halal kerana pada zaman Nabi memang tiada dadah2 moden, internet dan sebagainya. Adalah amat malang jika ini berlaku. Malah mungkin ada yang akan berhujah, melakukan seks dgn bukan isteri adalah bukan zina jika memakai kondom kerana khitan tidak bertemu khitan! Betapa ummat akan ditimpa bencana!

4. Hujah ada orang yg umur panjang walau menghisap rokok bukanlah hujah yang membatalkan pembuktian saintifik.

Hugh Hefner adalah pemilik Playboy dan pengamal seks bebas. Apakah seks rambang bertukar hukum menjadi halal hanya kerana Hefner umur panjang dan hidup sihat hingga kini sekalipun umurnya hampir mencecah 1 abad?

Penggunaan testimoni individu sebagai kaedah membantah pembuktian sains adalah merupakan kaedah pemikiran mat rempit.
Mat rempit sering berhujah bahawa dia bawa motor, tak pakai helmet dengan aksi2 bahaya tapi tak mati2. Ajal maut di tangan tuhan kata mereka. Ustad bukan mat rempit. Eloklah ustad ubah pemikiran ustad.

5. Alasan gula dan nasi tidak diharamkan sungguhpun membawa penyakit kencing manis adalah alasan yang amat tidak berilmu.
Gula dan karbohidrat tidak menyebabkan penyakit kencing manis. Penyakit kencing manis hanya terjadi apabila metabolisme gula gagal dilakukan oleh tubuh badan. Ia mungkin boleh terjadi disebabkan pengambilan gula berlebihan berbanding keperluan.
Kata kunci di sini adalah KEPERLUAN! Sel2 badan kita menggunakan gula untuk hidup. Ia adalah substrat utama bagi kelangsungan hidup badan. Tanpa glukose manusia akan meninggal dunia.

Rokok pula bukan KEPERLUAN. Ia adalah KETAGIHAN yang membawa kebinasaan walau pada kuantiti sedikit.

#Kesimpulan:

1. Ambillah ilmu agama dari ulama yang tegar berpegang kepada Quran dan sunnah.

2. Mendahulukan akal dalam berhukum adalah ideologi kaum muktazilah dan marilah kita menjauhinya.

3. Rancangan realiti berunsur agama dikhuatiri melahirkan generasi agamawan segera yang berhukum sesuka hati apabila mendapat mikrofon ibarat beraja di mata bersultan di hati.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending