Connect with us

Infozon

“Kalau tingkap rumah aku tidak terbuka esok, maksudnya aku dah mati” – Inilah Realiti Menyedihkan Bergelar Seorang Warga Emas di Jepun

Realiti menyedihkan masyarakat tua di Jepun. Pada tahun 2000, mayat seorang lelaki berusia 69 tahun hanya dijumpai 3 tahun selepas kematiannya. Tiada siapa sedar akan kematiannya kerana dia tinggal seorang diri. Kematian begini dipanggil kodokushi (孤独死) atau kematian yang sepi.

Kodokushi ialah fenomena di mana seseorang itu meninggal dunia seorang diri dan tidak disedari buat masa yang panjang. Ia merupakan masalah yang semakin meningkat dalam masyarakat Jepun sekarang. Setiap tahun, lebih kurang 30 ribu daripada 1.25 juta kematian di Jepun melibatkan kodokushi.

Di Jepun, ramai orang yang tinggal seorang diri kerana kematian pasangan atau kerana memang tidak berkahwin. Jadi bila mereka meningkat tua, mereka tiada pasangan atau anak-anak untuk dihubungi, maka mereka menghabiskan sisa-sisa hidup seorang diri tanpa peneman.

Ciri-ciri orang yang sering dikaitkan dengan kodokushi: –

  • lelaki pertengahan usia yang tidak pandai buat kerja rumah.
  • orang yang mengasingkan diri kerana tidak pandai bersosial.
  • persekitaran hidup yang tidak baik (penyakit atau kewangan).

Kebanyakkan lelaki Jepun ketika muda menumpukan kerja di syarikat sehinggakan mereka tidak pandai buat kerja rumah seperti memasak, bersihkan rumah dan lain-lain. Bila mereka hidup seorang diri, tiada lagi orang yang menjaga makan dan minum mereka, dan mereka tiada tempat bergantung sekiranya menghadapi masalah.

Selain daripada itu, lelaki Jepun yang tidak pandai berinteraksi dengan masyarakat juga lebih ramai dari wanita. Jadi bila mereka telah bersara, mereka kurang libatkan diri dengan aktiviti masyarakat dan lebih selesa mengasingkan diri di dalam rumah. Jadi bila berlaku kematian, tiada siapa yang sedar.

Sedih bila bayangkan kita hidup menghitung hari kematian, tapi pada masa yang sama tiada tempat untuk dijadikan teman berbicara. cuma mampu berpesan pada jiran “kalau tingkap rumah aku tidak terbuka esok, maksudnya aku dah mati” Itu adalah realiti bagi ramai orang berusia di Jepun.

Sumber : Ridzwan Mahazan

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending