Infozon
“Kalau kau memang mahukan dia, ‘tawan’ dia guna cara psikologi ini..” – Lelaki kongsi tips bagi mereka yang ‘forever alone’

Terdapat banyak cara untuk membuat orang suka atau jatuh cinta terhadap kita. Tapi kalau tersilap langkah, habis punah segala harapan yang ingin dibina bersama crush selama ini. Justeru, anda perlu tahu cara yang paling ideal untuk memikat hati si dia.
Berikut adalah 10 tips yang dikongsi oleh Aiman Amri, seorang Penolong Psikologi Klinikal di laman sosial Twitter miliknya mengenai cara mudah untuk seseorang jatuh hati terhadap anda.
#1. Personaliti itu penting
Tip 1: Jadikan diri kau sama personaliti macam parents lain jantina dia. Nak pikat perempuan, jadi macam ayah dia. Nak pikat lelaki, jadi macam mak dia. Sebab manusia ini separa sedar mencari seseorang macam parents dia (tetapi ini hanya kalau dia hubungan baik dengan parents).
#2. Benda kecil pun boleh jadi ‘sweet’
Tip 2: Belajar pasal Psikologi Keperluan seseorang (baca sikit pasal Maslow Hierarchy). Kalau kau boleh provide apa dia nak (walaupun benda tu kecil), lama-lama dia akan suka pada kau. Tolong ambilkan tisu bila dia minta, Bagi peluang dia bercakap dalam perbualan, dan sebagainya.
#3. Biar dia ‘curious’ pasal anda
Tip 3: Jadi misteri sikit. Jangan tunjuk/beritahu semua benda pasal kau kat dia. Simpan sikit, supaya dia jadi curious nak tahu pasal kau. Bila dia curious, tu tanda minda dia tengah terbuka. Dan petanda dia sedang membina hubungan hati ke arah kau.
#4. Lelaki ‘cool’, perempuan mesra
Tip 4: Kalau kau perempuan, banyakkan senyum. Kalau kau lelaki, kurangkan senyum. Sebab kajian dah buktikan, lelaki suka pada perempuan yang nampak mesra, perempuan pula suka lelaki yang nampak cool dan tegas (bukan terlalu happy go lucky).
#5. Kena tunjuk ‘chemistry’
Tip 5: Tonjolkan apa-apa persamaan kau dengan dia (yang betul, bukan buat-buat). Sameness attract. Manusia ini cepat mesra dengan seseorang yang dia ada persamaan. Sama orang Kelantan. Sama suka jadi fasilitator. Sama minat pelakon Korea. Semoga sama-sama nak buat masjid la ye.
#6. Luangkan masa manfaat bersama
Tip 6: Manusia mudah kaitkan Excitement dengan Love. Jadi kau buat la apa-apa aktiviti menyeronokkan dan ada dopamine (daki gunung, main ice skating dll) waktu dia ada sekali. Nanti dia akan kaitkan keseronokan aktiviti tu dengan kehadiran kau (teori of associated conditioning).
#7. Agama jangan lupa
Tip 7: Kau boleh menunjuk sesuatu kau ada, tapi jangan secara direct. Jangan terang-terang cakap “aku datang kerja naik ferari” atau “aku hormat orang tua”. Tapi biar benda itu nampak secara halus (asalkan kau tak riak dan takbur la) Mengurat mengurat juga, agama jangan lupa.
#8. Jangan gelojoh
Tip 8: Bila nak tonjol sifat positif kau, jangan sekaligus. Tapi biar berperingkat (satu-satu). Dia akan lagi seronok nak mengenali kau dan nak tahu apa sifat baik kau yang seterusnya. Ala macam kau main Pokemon la. Start dengan tangkap ulat dulu, baru belajar masuk gym.
#9. Bersederhana dalam hidup
Tip 9: Mahalkan dirimu, dan Yakin Dirimu Mahal. Bila kau yakin diri kau mahal, baru orang akan yakin kau mahal. Jangan humble sangat sampai orang nampak ko ni tak bernilai, jangan pula confident sangat sampai nampak kau ini show off. Ber-wasatiyyah la ye (bersederhana).
#10. Tonjolkan diri
Tip 10: Selalu tonjolkan diri kau pada dia. Sains dah cakap, orang yang selalu muncul/hadir depan mata biasanya akan lebih disayangi. Bila berjauhan, cepat dilupakan. Sebab itu long distance relationship ini sebenarnya mencabar gila.
Sumber : Aiman Amri

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit