WOW
Kalau Rasa Diri Sado & Kacak, Anda Mungkin Layak Bekerja di Kedai Durian Ini!

Durian merupakan salah satu buah-buahan yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia. Harganya yang boleh tahan mahal ini menjadikan ia antara makanan istimewa bagi sesetengah orang.
Jadi, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk menjalankan perniagaan durian kerana permintaan yang begitu hebat.
Oleh itu, tenaga pekerja juga diperlukan bagi memastikan para pelanggan dapat membeli raja buah tersebut.
Mencari pekerja
Sehubungan dengan itu, satu kedai menjual durian terkenal iaitu Durianman di SS2 telah membuka peluanga pekerjaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada pekerja di sana dengan gelaran Durian Knife Master.
Jawatan kosong buat abang sado
Namun begitu, Durianman telah menetapkan kriteria tersendiri dalam mencari pekerja bagi menjual durian disana sekali gus menjadi daya penarik kepada orang ramai untuk menikmati raja buah itu.
Kalau ada 6-packs cepatlah mohon
Selain daripada boleh bertutur dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Mandarin dan Inggeris atau sekurangnya dua bahasa, mereka juga haruslah tidak mempunyai bau badan yang lebih kuat daripada bau durian.
Bagi yang mempunyai 6-packs dan berpenampilan menarik, kerja ini berkemungkinan besar milik anda.
Paling penting pandai buka durian
Selain itu, pandai membuka durian adalah perkara paling penting kerana mereka akan membuka banyak buah durian dalam satu hari andai diterima bekerja.
Gaji yang ditawarkan juga cukup lumayan dengan RM2,500 dan keatas dalam satu bulan . Jadi, kepada mereka yang mempunyai sosok tubuh menarik seperti yang dinyatakan dan berminat dengan pekerjaan tersebut, Durianman SS2 sangat mengalu-alukan anda bekerja di kedai menjual durian tersebut.
Sumber: Durianman SS2

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit