Connect with us

WTF

Kaki Anak Singa Sengaja Dipatahkan Supaya Duduk Diam Bergambar Dengan Pelancong!

Kadang kala terpaksa diakui bahawa, yang sifat manusia lebih kejam daripada haiwan-haiwan buas yang wujud dipermukaan bumi ini. Buktinya, pelbagai kes dan kejadian kejam yang dilaporkan melibatkan penganiyaan haiwan oleh segelintir manusia.

Menurut laporan Daily Mail, seorang anak singa betina telah di patahkan kaki belakangnya gara-gara demi memenuhi keinginan manusia sekelliling. Kaki anak singa ini dipatahkan agar dia tidak mampu untuk melarikan diri dan dapat bergambar dengan pelancong di pantai Rusia.

Anak singa malang tersebut dikatakan telah dipisahkan dengan ibunya ketika dia berusia 3 minggu lagi dan telah ‘bekerja’ dengan seorang jurugambar yang kejam. Bahkan, si pelaku didakwa telah mematahkan kaki anak singa ini untuk menghalangnya melarikan diri apabila dia semakin membesar.

Bukan sekadar itu, kesihatannnya semakin merosot apabila sering diseksa dan dipukul sehingga mengalami kecederaan parah pada bahagian tulang belakang yang mampu meragut nyawa singa berkenaan.

Anak singa yang lemah dan kurus itu menjilat kaki dan menangis kesakitan ketika dia sedang mencuba  untuk membersihkan diri dengan ‘memegang’ belakang kakinya. Menurut penyelamat singa betina berkenaan, dia juga tidak diberi makan dan hanya  dijirus dengan air sejuk.

Walaupun kini anak singa itu sedang membesar ditangan yang lebih selamat, malangnya binatang ini mengalami cacat yang kekal. Bahkan, doktor yang merawat singa betina ini menyifatkan pemulihan dan kesembuhannya adalah satu kejaiban.

 

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending