Infozon
Kajian: Murid Lebih Pandai Jika Guru Miliki Rupa Paras Menarik

Guru yang memiliki rupa paras menarik akan menghasilkan keputusan peperiksaan lebih baik, demikian menurut satu kajian baharu seperti laporan akhbar The Mirror kelmarin.
Pasukan penyelidik Universiti Nevada di Amerika Syarikat yang melakukan kajian itu berkata, keputusan peperiksaan meningkat jika guru yang mengajar memiliki rupa paras menawan.
Dalam kajian itu, pasukan saintis berkenaan meminta seramai 131 pelajar kolej mendengar satu kuliah audio.
Semasa mendengar kuliah sama, mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan diberikan gambar guru yang menawan dan kumpulan lain mempunyai gambar guru berwajah kurang menarik.kajian
Mereka kemudian mengambil satu ujian. Kumpulan pelajar yang menyangka guru mereka mempunyai rupa paras menawan mendapat keputusan lebih baik berbanding kumpulan sebaliknya.
“Kajian mendapati rupa paras (guru) memainkan peranan dalam pembelajaran yang sebelum ini terlepas daripada perhatian,” kata seorang saintis berkenaan, Profesor Murray Miller.
Para pelajar berkenaan katanya, mendapati guru yang menarik menjadikan mereka lebih bermotivasi dan mudah memahami apa yang disampaikan. – Agensi

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit