Connect with us

WOW

Kajian: Microsoft Nobat Netizen Indonesia Paling Biadap Di Asia Tenggara

Lagi sekali Indonesia berjaya mendapat perhatian antarabangsa setelah menyerang pasangan gay di Thailand dengan meninggalkan komen-komen yang tidak sepatutnya. Mereka bukan sahaja menghina malahan netizen Indonesia juga mengancam untuk membunuh pasangan gay tersebut.

Sebagai langkah berjaga-jaga dan demi keselamatan, pasangan tersebut membawa kes tersebut ke pengetahuan pihak berkuasa dan kini netizen Indonesia yang memaki mereka sebelum ini tidak dibenarkan untuk memasuki Thailand.

Orang paling tidak sopan di Asia Tenggara

Kontroversi seperti ini bukanlah pertama kali dicetuskan oleh netizen daripada republik itu. Sebelum ini, memang banyak perkara-perkara aneh yang berlaku yang telah membawa nama buruk Indonesia ke peringkat antarabangsa, malah apabila berlakunya serangan ke atas Facebook pasangan gay ini, ianya menjadi lebih parah. Bukan itu sahaja, Microsoft juga melabelkan netizen Indonesia sebagai orang paling tidak sopan di asia tenggara.

“Kelakuan ini akan membawa dunia ini ke kiamat”

Menurut pasangan gay di Thailand terbabit, mereka menerima kecaman dari netizen Indonesia yang bersifat menghukum dan berunsur negatif. Yang lebih menakutkan lagi, sebahagian besar netizen Indonesia siap menyebutkan yang perkahwinan mereka itu terlarang dan akan membawa dunia ini ke kiamat.

Advertisement

Lebih parah lagi apabila kecaman itu tidak berhenti disitu sahaja, mereka juga meninggalkan komen seperti sial dan memanggil pasangan tersebut sebagai orang gila. Oleh yang demikian, salah seorang dari pasangan terbabit membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selepas mereka menerima ancaman bunuh terhadap suami, ibu bapa dan jurugambar perkahwinan mereka.

Netizen Indonesia pernah menyerang Badminton World Federation (BWF)

Sebelum ini, netizen Indonesia juga viral apabila mereka bertindak menyerang akaun Instagram Badminton World Federation (BWF). Ini selepas pasukan Indonesia telah dipaksa untuk mengundurkan diri dari pertandingan All England 2021 setelah salah seorang daripada penumpang di dalam pesawat yang mereka naiki didapati positif COVID-19.

Tidak terhenti disitu sahaja, mereka juga membuat keputusan untuk menyerang akaun Instagram Stephen Fry kerana menganggap beliau adalah salah seorang pengadil BWF, hakikatnya beliau adalah seorang pelawak. Namun akhirnya mereka sedar akan kesilapan yang dilakukan dan menyedari ia adalah salah faham dan netizen Indonesia kemudian meminta maaf kepada lelaki berusia 63 tahun itu di Instagram tersebut.

Tiktok Filipina diganggu oleh netizen Indonesia

Bukan itu sahaja, sebelumnya seorang selebriti wanita TikTok Filipina iaitu Reemar Martin juga juga pernah diganggu oleh netizen Indonesia diatas alasan kerana berpenampilan terlalu cantik. Oleh kerana hal itu, dia dibuli di Tiktok oleh netizen Indonesia.

Lebih menyedihkan adalah rata-rata penghinaan yang diterima Reemar semuanya datang dari golongan wanita Indonesia. Semuanya gara-gara mereka cemburu akan kecantikkan Reemar dan kebanyakkan teman lelaki mereka menjadikan Reemar sebagai idola.

Advertisement

Microsoft tutup komen Instagram gara-gara diserang netizen Indonesia

Kemuncak untuk semua permasalahan ini yang membawa perkara ini jadi lebih serius adalah apabila mereka menyerang akaun Microsoft kerana mereka diberi gelaran sebagai netizen yang tidak sopan di Asia Tenggara, dikatakan Microsoft mengeluarkan gelaran ini pada awal Mac 2021 dan iainya terbukti apabila Microsoft juga diserang oleh netizen Indonesia.

Sehinggakan akaun Instagram Microsoft terpaksa menutup ruangan komen tanpa mengeluarkan apa-apa alasan. Tetapi iainya ditutup kerana bahagian komen telah penuh dengan kata-kata makian dalam bahasa Indonesia. Semuan kerana netizen Indonesia tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang dilakukan oleh Microsoft.

Justeru itu, para pemerhati di Indonesia melihat kejadian terbabit sebagai perkara yang mendatangkan pandangan negatif kepada netizen Indonesia. Menurut Kompas pula, apa yang dilakukan oleh netizen Indonesia ini yang meningalkan kata-kata cacian dan makian kepada Microsoft ini seperti menunjukkan yang label sebagai “orang tidak sopan” itu adalah benar.

Sumber: The Vocket, Kompas.com, detikinet & wolipop

Advertisement

Seorang penulis yang kuat berangan dan habiskan sisa masa dengan binge-watching Netflix

Continue Reading
Advertisement

Trending