Infozon
Kagumi Mohamed Salah, Ramai Peminat Kelab Liverpool Masuk Islam Kerana Kagum Dengan Sikap Pemaaf dan Rendah Diri Bintang Itu

Kelab bola Liverpool mempunyai beberapa pemain Muslim namun terdapat seorang pemain yang sering menjadi perhatian peminat kerana sering melakukan sujud syukur ketika di padang perlawanan iaitu Mohamed Salah.
Baru-baru ini seorang pengguna Facebook telah memuat naik status berkaitan dengan Salah gara-gara sikap beliau yang menjadi fenomena sehingga mengubah persepsi masyarakat luar terhadap golongan Islam.
Bagaimana Mohamed Salah mengubah masyarakat England?
Musim ini Mohamed Salah sebagai pemain sayap menyerang Liverpool telah menjaringkan 31 gol dari 37 perlawanan, satu rekod luar biasa dan sebelum ini beliau mendapat Anugerah Pemain Terbaik Afrika dan telah membawa Mesir layak ke Piala Dunia.
Oleh kerana itu beliau diminati oleh masyarakat England yang mana stadium di England terkenal dengan rasis tapi Salah mengubah semua itu.
CEO persatuan pencegahan rasis di England mengatakan fenomena Salah merupakan perkara luar biasa dan meruntuhkan sikap rasis peminat bola England.
Ia juga mengurangkan begitu banyak Islamfobia dikalangan rakyat England yang sebelum ini sangat teruk berlaku. Ini kerana sikap dan akhlak Salah di dalam dan luar padang yang sentiasa bersujud selepas menjaringkan gol, sentiasa membawa Al Quran, sentiasa solat Jumaat di masjid.
Sikap beliau ini memberi kesan sangat positif dikalangan masyarakat England terhadap Islam dan bangsa bukan kulit putih.
Sehinggakan ada peminat menulis “Jika Salah terus menjaringkan gol, kita akan raikan dengan melaungkan azan”, “Saya sanggup memeluk Islam demi Salah”.
Sumber : Mohd Amirul

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit