Connect with us

Infozon

“Kaedah KKM Tangani Pandemik Selari Dengan Cara Ibnu Sina.” -DG Hisham

Umum sedia maklum bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dibawah kendalian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah merencana pelbagai langkah demi memastikan Covid-19 dapat dibendung.

Hasil usaha semua pihak, penularan Covid-19 sudah boleh dikatakan terkawal walaupun sejak kebelakangan ini jumlah kes positif kembali meningkat.

Namun, secara dasarnya, pihak KKM telah berjaya memastikan penularan ini tidak terus berlaku dengan cepat dan masih boleh dikawal andai semua pihak mengikut saranan yang dinyatakan.

Praktikkan langkah Ibnu Sina

Oleh itu, menerusi perkongsian yang dibuat Dr Noor Hisham di akaun rasmi Facebooknya, beliau memaklumkan bahawa kaedah yang digunakan KKM adalah sama dengan dilakukan bapa perubatan dunia, Ibnu Sina.

Dalam pada itu juga, Dr Noor Hisham turut menyertakan satu video sedutan daripada sebuah filem yang dibuat merujuk kepada langkah yang sama dilakukan oleh Ibnu Sina dalam menangani pendemik.

Terima kasih Dr

Susulan daripada perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah memuji langkah yang diambil oleh KKM dimana menjadikan Ibnu Sina sebagai rujukan dalam menghadapi pendemik maut ini.

Mereka juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan sempat menitipkan doa agar Covid-19 di Malaysia tidak mengalami gelombang kedua.

Sejak dari dulu dah dipraktikkan rupanya

Info yang menarik Dr!

 

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah, Halal Trip

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending