Connect with us

Inspirasi

Juruterbang Kesan Bot PATI Antara Enam Pegawai Dinaikkan Pangkat

Juruterbang pesawat C-130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berjaya mengesan bot pendatang tanpa izin (PATI) Rohingya di perairan Langkawi pada 16 April lalu antara enam pegawai kanan yang dinaikkan pangkat.

Memetik laman Facebook rasmi TUDM, Mejar Faizul Hussien Ismail dinaikkan ke pangkat pemangku Leftenan Kolonel dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 20 Skuadron (Skn).

Faizul telah menerajui skuadron tersebut sejak Januari lalu setelah mengambil alih tugas daripada Leftenan Kolonel Azril Omree Hasbullah. Lima lagi pegawai kanan TUDM turut dinaikkan ke pangkat sama.

Mereka ialah Mejar Tengku Ahmad Shaiful Isnawi Tengku Muhamad sebagai Ketua Skn Charlie Cawangan Pengurusan Operasi Udara, JBPM; Mejar Muhammad Halid Abdul Hamid (PS 1 Komunikasi Markas Nukleus Operasi Bersama, ESSCOM) dan Mejar Balasubramaniam Maruthamothoo (Ketua Cawang Tadbir PU Sendayan).

Dua pegawai lain ialah Mej Yusnizam Mohamad Jalil (Ketua Cawang Tadbir KTU) dan Mejar Roslan Al Mustaffa (Ketua Cawang Operasi KTU).

Sumber : Tentera Udara Diraja Malaysia

Continue Reading
Advertisement

Trending