Connect with us

Sosial

Jurujual Dedah Pelanggan Akan Dilihat Miskin Sekiranya Melihat Tanda Harga Semasa Shopping

CikKoin

Diterbitkan

pada

Gara-gara meluahkan pendapat menerusi laman Facebooknya, seorang pekerja wanita teruk dikecam netizen selepas mengkritik pelanggan yang datang ke butik mewahnya.

Katanya, dia tidak mahu beri sebarang layanan jika pelanggan yang lawat ke butiknya semata-mata untuk melihat harga pada setiap barangan yang dipamerkan.

Jelasnya lagi, pekerja wanita itu menyifatkan pelanggan yang memeriksa tanda harga pada setiap barangan di butik itu adalah seorang yang miskin dan tidak mahu membazirkan masa serta tenaganya untuk melayani pelanggan sebegitu.

Difahamkan, dia juga menganggap pelanggan tersebut tidak akan membuat sebarang pembelian memandangkan dia sudah mempunyai pengalaman lebih daripada lapan tahun sebagai jurujual.

Malah, pengurus di butik itu juga pernah memarahinya dan tidak menyokong apabila dia melayani pelanggan yang memeriksa tanda harga.

“Pernah sekali ketika saya sedang melayan pelanggan, manager menjerit terhadap saya melalui ‘earphone’ dan menyuruh saya jangan bazirkan masa sangat melayan pelanggan itu,” ujarnya.

Sementara itu, rata-rata netizen tidak setuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh jurujual wanita itu yang mengeluarkan kata-kata angkuh sehingga memandang rendah terhadap pelanggan lain.

Sumber: World Of Buzz

Facebook Comments

Trending