Connect with us

Inspirasi

Jumpa Pakcik Uzur Melintas Jalan, Wanita Cina Keluar Kereta Bagi Makanan Berbuka

Keluhuran hati dan peribadi seseorang itu bukanlah dilihat berdasarkan bangsa, kaum dan agamanya. Ia sebaliknya lahir dari dalam jiwa kita sendiri.

Seperti foto yang tular baru-baru ini, memaparkan seorang wanita dipercayai berbangsa Cina, saling berkongsi rezeki dengan seorang lelaki warga emas berbangsa Melayu.

Terima kasih sang pemberi

Menerusi perkongsian di Facebook, difahamkan kejadian itu berlaku di lampu isyarat berdekatan restoran KFC Pokok Asam, Langkawi, dilihat seorang warga emas sedang melintas jalan.

Salam Ramadhan kepada semua Muslimin dan Muslimat😊☺️.Secara tidak sengaja saya terkesan melihat seorang perempuan…

Posted by Zayan on Tuesday, May 12, 2020

Namun, dapat diperhatikan di dalam foto tersebut, kelibat wanita berbangsa Cina menghampiri lelaki warga emas dan memberikan bungkusan makanan.

Terharu melihat tindakan murni wanita itu, meskipun berlainan agama dia tetap juga menghulurkan bantuan atas dasar ihsan dan perikemanusiaan sesama insan.

Sumber : Zayan

Continue Reading
Advertisement

Trending