Connect with us

WOW

Jualan Laku Keras, Ramai Teruja Lihat Pemuda Jual Tembikai Naik Kereta ‘Ferrari’

Demi menampung kos sara hidup, ramai peniaga menggunakan kaedah ‘kreatif’ bagi menarik pelanggan untuk membeli barang jualan mereka.

Baru-baru ini, tular gambar menunjukkan beberapa pemuda menggunakan kereta model Ferrari 488 GT sebagai kedai untuk menjual buah tembikai di sebuah perkampungan di Vietnam.

Namun begitu, pelbagai persoalan tercetus dalam kepala netizen melihat gambar terbabit: Eh, kenapa pula pemilik ‘Ferrari’ sanggup menjual tembikai di tepi jalan?

Kereta replika je, bukan Ferrari sebenar

Rupa-rupanya Kereta tersebut bukanlah Ferrari yang tulen. Ia hanyalah sebuah replika yang direka oleh seorang YouTuber bernama Vu Van Nam.

Malah, YouTuber itu cukup dikenali ramai menerusi saluran YouTube miliknya iaitu NHET TV, di mana dia sering berkolaborasi dengan sekumpulan anak muda lain dalam menghasilkan replika kenderaan mewah.

Salah satu replika terbaru mereka adalah Ferrari 488 GT yang digunakan untuk menjual tembikai tersebut.

Reaksi teruja penduduk kampung

Apa lagi, sebaik penduduk kampung melihat kelibat kereta mewah itu, mereka pun datang mengerumuni kereta berkenaan sehingga menyebabkan tembikai jualan pemuda-pemuda itu ‘laku keras’.

Menjengah ke ruangan komen yang ditinggalkan di laman YouTube NHET TV, rata-rata netizen memuji usaha keras pemuda-pemuda tersebut.

Mana tidaknya, hasil kerja mereka mirip betul dengan model yang sebenar!

Kagum lihat hasil kerja!

Dah layak kerja dengan syarikat Ferrari

Reka cipta yang menakjubkan

Meskipun enjinnya berbunyi bising seperti mesin rumput dan bergerak lebih ‘slow’ berbanding kereta biasa, tak dinafikan lagi hasil kerja pemuda-pemuda itu merupakan sesuatu yang menakjubkan. Bukan biasa-biasa~

Sumber: YouTube NHET TV, Motorbiscuit (Thom Taylor)

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending