Inspirasi
Jualan Bakso kurang Laris, Peniaga Solat Sujud Lama Tepi Gerabak

Mencari rezeki yang halal sememangnya bukan mudah. Namun, demi meneruskan hidup dan menyara keluarga, tulang empat kerat terpaksa juga dibanting untuk sesuap nasi.
Akan tetapi tanggungjawab sebagai hamba kepada Tuhan yang Maha Esa harus juga diseimbangkan serta ditunaikan walau apa jua keadaan.
Solat sujudnya lama
Hal ini dikongsikan oleh satu perkongsian di laman Instagram Indonesia apabila seorang peniaga meninggalkan gerabak jualannya untuk menunaikan solat di tepi kaki lima.
Perniagaan kurang baik
Perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial itu memaklumkan bahawa jualan peniaga bakso itu kurang laris dan dia melihat lelaki tersebut solat dengan berada dalam keadaan sujud begitu lama.
Pengguna yang juga seorang peniaga menyatakan dia turut terkesan dengan apa yang dilihatnya kerana memahami keadaan seperti itu.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ia telah menghadirkan pelbagai komen daripada warganet Indonesia. Rata-rata merasai kesusahan yang dihadapi oleh peniaga tersebut lebih-lebih lagi ketika pandemik ini.
Mereka juga mendoakan agar rezekinya dipermudahkan dan panjang umur untuk terus berusaha mencari rezeki.
Sumber: One_treding

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit