Infozon
Jokowi Jadi Orang Pertama Disuntik Vaksin Covid-19, Disiarkan Secara Langsung Minggu Depan

Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) akan menjadi individu pertama di republik tersebut untuk menerima suntikan vaksin Covid-19 pada 13 Januari ini, lapor Detik News.
Menurut laporan itu lagi, hal tersebut telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan yang bernama Budi Gunadi Sadikin (BGS) selain disiarkan secara langsung serentak di 34 wilayah di Indonesia.
“Penyuntikan pertama akan dilakukan pada Rabu hadapan di Jakarta oleh Presiden,” ujarnya pada selasa lalu.
Berbicara mengenai vaksin, BGS berharap agar ketua daerah turun padang dan melihat sendiri proses vaksin yang akan turut dilakukan kepada petugas barisan hadapan, sekali gus meyakinkan rakyat mengenai vaksin tersebut.
“Pada hari suntikan diharapkan petugas kesihatan, ketua daerah, ketua Gabenor untuk turun padang supaya dapat menambah keyakinan kepada masyarakat,” tambahnya.
Pihak istana juga memberitahu bahawa vaksin yang diterima oleh Jokowi adalah suntikan jenis Sinovac dimana menurut laporan media, Indonesia telah menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin tersebut pada bulan lalu.
Sumber: Detik News , detikcom

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit