Connect with us

Inspirasi

Jodoh Hingga Akhir Hayat, Pasangan Suami Isteri Meninggal Dunia Pada Hari Yang Sama

Ucapan ‘sehidup semati’ selalunya menjadi ungkapan dan impian setiap pasangan, lebih-lebih lagi yang sudah mendirikan rumah tangga. Namun, selalunya salah seorang yang akan pergi dahulu, kerana ajal dan maut itu sudah ditentukan oleh Tuhan.

Tetapi pasangan warga emas dari Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan, menjadi bukti bahawa wujudnya cinta yang dipanggil ‘sehidup semati’, apabila mereka meninggal dunia pada hari yang sama.

Suami meninggal selang beberapa jam dari isteri

Difahamkan, pasangan itu meninggal dunia disebabkan sakit tua, si isteri dikenali sebagai Maimunnah Yunus meninggal dunia pada jam 1.30 petang.

Selang beberapa jam isteri tercinta dijemput Ilahi, sang suami bernama Batry Selkam pula telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lebih mengharukan, kedua-dua jenazah dikebumikan bersama dalam satu liang lahat.

Tersentuh dengan kisah ini, ternyata jodoh mereka sangat kuat sehingga dijemput Ilahi pun pada tarikh yang sama. Semoga kedua-duanya dikurniakan khusnul khatimah dan ditempatkan dalam kalanga hambaNya yang beriman.

Posted by Bidan WhanyRannu on Monday, August 5, 2019

Sumber : Tribunnews

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending