Connect with us

Inspirasi

Jiran Lari Tinggalkan Anjing Buta, Pemuda Melayu Tolong Kasi Makan Minum

Tidak semua pemilik haiwan mempunyai rasa ihsan terhadap haiwan peliharaan mereka. Banyak kes yang berlaku mendapati, sebilangan pemilik haiwan peliharaan bakal meninggalkan dan membuang haiwan jagaan mereka apabila haiwan mereka sakit.

Bukan sekadar kos yang mahal bahkan kebanyakan pemilik haiwan ini tidak lagi mampu menjaga dan bertanggungjawab untuk merawat haiwan tersebut. Disebabkan terlalu leceh, kebanyakan mereka membuat keputusan untuk membuang sahaja haiwan peliharaan mereka.

Di Twitter, seorang pemuda berkongsikan kisah dimana seekor anjing buta telah ditinggalkan sendirinya oleh tuannya. Tuan anjing tersebut dikhabarkan telah lari meninggalkan rumah sewanya tanpa membawa anjing berkenaan.

.

Lebih menyayat hati, anjing itu sering kali jatuh masuk ke longkang kerana hilang penglihatan tambahan pula sudah tiada siapa yang menjaganya. Anjing tersebut juga dikhabarkan masih setia menunggu kepulangan tuannya.

Disebabkan prihatin dengan nasib binatang malang berkenaan, adik kepada pemuda ini telah ‘menjaga’ anjing buta berkenaan buat sementara waktu.

Dia berharap agar ada pihak yang bertanggungjawab mahu menjaga anjing buta ini dengan penuh kasih sayang. Di ruangan komen ramai yang dilihat mengucapkan terima kasih dan memuji perlakuan adik pemuda berkenaan.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending