Connect with us

WTF

Jilat Jamban Duduk, Gadis Buat ‘Coronavirus Challange’ Di Tik Tok!

Tidak dinafikan bahawa, gelombang kedua wabak coronavirus ini telah menimbulkan rasa panik dikalangan seluruh penduduk dunia. Disebabkan itu, gelintir golongan sanggup membuat pembelian panik malah tidak kurang juga yang menyebarkan maklumat ataupun berita palsu yang cetuskan panik.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, kebanyakan pengamal kesihatan dan orang ramai kini memupuk kesedaran melalui platform media sosial. Diharapkan dengan cara ini akan dapat mendidik orang ramai tentang mengelak dari terkena wabak jangkitan dengan cara yang efektif dan berkesan.

Di Twitter, tersebar beberapa buah video yang memaparkan individu yang melakukan #coronaviruschallange. Secara dasarnya, cabaran ini dilakukan oleh individu yang bermain aplikasi TikTok dan merakamkan diri mereka menjilat tempat duduk mangkuk tandas.

Perlakuan kotor ini seolah-olah mencabar diri mereka untuk terkena virus Covid-19 yang kian menular ini. Para pengguna media sosial sudah tentunya berang dengan tindakan pendek akal sesetengah individu ini, yang seakan-akan tidak hirau akan keselamatan diri dan pada yang sama bakal menjejaskan orang lain.

Lebih membimbangkan, perkara ini bukanlah hanya dilakukan dirumah si pelaku, malah turut dilakukan di tandas yang menjadi kunjungan orang ramai.

Diharapkan agar negara Malaysia, khususnya golongan muda agar tidak mudah terlibat dengan perkara-perkara ataupun cabaran yang tidak masuk akal lagi memudaratkan.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending