Connect with us

WTF

Jerebu Semakin Menebal, KLCC Tidak Lagi Kelihatan

Saban hari masalah jerebu yang berlaku di Malaysia semakin membimbangkan apabila jerebu kelihatan semakin menebal. Jerebu bukan sahaja menyebabkan aktiviti harian menjadi terhad malah turut menjejaskan kesihatan.

Pembakaran terbuka secara besar-besaran di Kalimantan, Indonesia telah memberi impak negatif kepada negara itu sendiri dan juga di negara jiran.

Pencakar langit ikonik negara semakin hilang

Gara-gara jerebu, pencakar langit ikonik negara iaitu menara berkembar Petronas sudah tidak kelihatan. Jerebu yang semakin menebal menyebabkan ramai rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti harian mereka.

Gambar tersebut telah diambil oleh seorang lelaki yang bernama Aswadi Alias pada 19 september 2019, jam 8.30 pagi di Kuala Lumpur. Ini jelas menunjukkan keadaan Malaysia yang tenat dengan masalah jerebu yang umpama tiada henti.

Walau bagaimanapun, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pagi tadi telah menunjukkan penurunan berbanding semalam, dimana tahap bacaan IPU pada pukul 9 pagi tadi ialah 144.

Kelmarin (18 september 2019) bacaan IPU telah mencatatkan di antara 184 hingga 203 di Kuala Lumpur sekitar Batu Muda dan Cheras. Namun begitu, kualiti udara di Kuala Lumpur masih menunjukkan tahap bacaan yang tidak sihat.

Oleh itu, rakyat Malaysia disarankan supaya memakai topeng yang betul untuk melindungi diri daripada udara yang tidak sihat.

Sumber: World Of Buzz

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending