Connect with us

Infozon

Jepun Minta Rakyatnya Dikecualikan, Calitan Dubur Di China Bikin Trauma

Jepun meminta China mengecualikan warganya menjalani ujian calitan dubur bagi mengesan virus Covid-19 kerana prosedur itu boleh mendorong kepada tekanan emosi dan psikologi.

Menurut laporan BBC News, jurucakap kerajaan Jepun, Katsunobu Kato berkata bagaimanapun mereka belum menerima sebarang jawapan dari Beijing bagi mengubah prosedur ujian ‘anal swab’ tersebut.

“Beberapa warga Jepun melaporkan kepada kedutaan kami di China bahawa mereka menjalani ujian calitan dubur yang menyebabkan trauma teruk,” katanya.

Namun begitu, beliau berkata setakat ini jumlah rakyat Jepun yang telah melakukan ujian tersebut masih belum dapat dikenalpasti.

Kato juga berkata, kaedah tersebut belum disahkan di mana-mana negara lain setakat ini namun pihaknya akan terus memberi tekanan kepada pihak bertanggungjawab.

China yang berjaya mengawal wabak pandemik tersebut telah memperkenalkan ujian ‘anal swab’ berkenaan pada Februari lalu dimana kaedahnya lebih berkesan kerana virus kekal lebih dalam sistem pencernaan.

Berbanding ‘menyentuh’ ke dalam hidung dan tekak, batang swab sekitar dimasukkan dua hingga tiga sentimeter ke dalam rektum dan dipusingkan untuk beberapa saat.

Sumber: BBC News

Continue Reading
Advertisement

Trending