Connect with us

Infozon

Jenis-jenis Pencuci Muka untuk Kulit Muka Berjerawat yang Dijual di Watsons yang Wajib Diambil Tahu

Bagi mereka yang memiliki masalah kulit muka yang berminyak atau pun berjerawat, isu pemilihan pencuci muka yang bersesuaian dengan permukaan kulit muka pastinya merupakan sebuah isu yang memeningkan kepala.

Ada yang telah membelanjakan ratusan ringgit semata-mata mahu berusaha mencari produk terbaik untuk mereka, namun semuanya berakhir dengan sia-sia.

Bagi merungkaikan misteri produk-produk yang dijual di pasaran, seorang penguna Twitter telah menyenaraikan jenis-jenis pencuci muka yang boleh memberikan hasil yang memberangsangkan yang pernah dicubanya. Lebih menyeronokkan lagi apabila produk-produk ini ada dijual di mana-mana kedai Watsons dan Guardian di seluruh negara.

1. Cetaphil

Antara paling popular sebab berkesan dan mahal Cetaphil tak berbuih & sesuai utk semua jenis kulit. I got no complaint tapi nak tunggu hasil mungkin sebulan dua. Mahal tapi tahan lama. Aku perasan yg Cetaphil bantu pudarkan bekas jerawat (tompok hitam).

2. Neutrogena Deep Clean Liquid

Paling power. Kulit aku jenis yang berminyak dan mudah berjerawat. Senang tumbuh jerawat yang kecil-kecil itu. Aku terus jatuh cinta dengan produk ini sebab sekali cuci sahaja, aku terus boleh merasakan perubahan yang positif. Tidak berbuih sangat dan setakat ini aku rate 9/10.

3. Eucerin White Therapy

Penyelamat waktu break out. Kenapa? Sebab dia bukan sahaja buat jerawat rasa give up nak tumbuh, dia bantu cerahkan dan sekatakan tona kulit. Quite expensive tapi buih banyak gila & pki sikit je dah cukup. Recommended ! Kulit sensitif patut cuba.

4. Eucerin Apricot Blemish Control Scrub

The best scrub (bagi aku lah). First sebab rasa kasar scrub tu dan buat aku yakin muka aku sedang disental. Scrub penting utk buang sel kulit mati. Aku biasanya seminggu 2 kali. Bantu cepatkan proses pemulihan bekas jerawat, cela

5. Bio Essence Skin Repair Snail

Affordable, powerful and easy. Apa yg aku suka ttg produk ni, kau akan rasa muka kau fresh dan kental setiap kali lepas cuci. Buih mmg banyak dan kalau pakai facial machine, memang muka kau rasa bersih dan licin. Tapi mula2 pakai muka gatal sikit.

6. Garnier Men Acno Fight

Kalau yg lelaki segan nak merayap bahagian perempuan, kau beli je yg ni dan settle. Sgt powerful utk jerawat degil sebab dia ada scrub sekali and sejuk gila ! Kau dpt rasa jerawat mengecut tapi muka akan kering sikit. Topap moisturizer and settle

7. Himalaya Neem Face Wash

Personally, aku kurg gemar produk ni sbb tak sesuai dgn muka aku kot. Lepas pakai 3 hari, muka aku pedih kering and jerawat mencanak tumbuh. Aku terpaksa repair dgn mask every night utk rehydrate muka. Maybe not for me kot.

Sumber : Naufal Antezem

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending