WTF
Jenama Kasut Beethree Dikecam, Cetak Jata Negara Di Dalam Tapak Kaki Kasut

Bagaikan tiada common sense, baru-baru ini sebuah syarikat pengeluar kasut jenama Beethree dikecam teruk selepas, mencetak logo Jata Negara di bahagian ‘insole’ (dalam kasut).
Susulan tindakan syarikat tersebut telah mengundang amarah ramai, maka pihak jenama kasut jenama Beethree membuat permohonan maaf terbuka.
Jata negara di tapak kaki
Dalam satu kenyataan menerusi laporan SuaraTV, Beethree berkata kesilapan tersebut ekoran kekurangan pengalaman dan telah mengarahkan pemberhentian produk tersebut serta-merta.
“Kami dari syarikat BeeThree Footwear ingin membuat permohonan maaf di atas kesilapan syarikat kami yang telah meletakkan logo Jata Negara di bahagian insole seperti yang tular di media sosial hari ini (semalam)…”
“Untuk makluman semua, syarikat kami telah memberhentikan pengeluaran produk yang mempunyai logo insole tersebut sebelum ini. Pihak kami telah menyedari akan kesilapan kami yang telah meletakkan logo tersebut disebabkan kekurangan pengalaman kami…”
“Sehubungan itu syarikat kami telah menjelaskan semua salah faham ini kepada pihak berkuasa. Syarikat kami sekali lagi ingin memohon ribuan ampun dan maaf diatas kesilapan tentang perkara ini…”
Terdahulu Editor buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ dikesan melarikan diri ke luar negara kerana menghina logo Jata Negara.
Justeru, diharapkan kita menjadi lebih peka dengan isu-isu yang melibatkan sensitivi negara, kaum dan agama yang boleh menggugat keamanan negara.
Sumber : Suara TV

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit