Connect with us

WTF

Jemput BFF Hadir Sambut ‘Birthday’, Gadis Menangis Seorang Pun Tak Muncul

Sambutan hari lahir biasanya diraikan bersama ahli keluarga ataupun rakan-rakan. Bagi golongan muda, pastinya menyambut hari bertambahnya umur lebih menyeronokkan dengan kehadiran teman-teman rapat.

Sudah tentu pelbagai persediaan dilakukan untuk menjamu rakan-rakan dan bergembira dengan mereka di hari istimewa tersebut.

Sambut birthday sweet 17

Namun, berbeza dengan perkongsian seorang pengguna TikTok apabila teman rapatnya yang diundang tidak munculkan diri walaupun sudah bersetuju untuk hadir.

Sedangkan dia sudah siap dengan dekorasi hari jadi serta makanan yang ditempah lebih banyak untuk menjamu mereka semua.

@whahaapasiii

♬ original sound – Nabila – Nabilazaharalazina

Sedih sangat kawan tak datang

Video luahan rasa kecewanya itu telah ditonton lebih dari satu juta viewers di TiTok. Dalam video lainnya, gadis Indonesia yang menggunakan nama akaun @whahaapasii ini mengakui memang ada salah faham antara mereka namun tidak menyangka perkara tersebut berlarutan.

Jadi, dia mengambil inisiatif mengudang rakan-rakan lama iaitu sekitar kampung sahaja, namun sambutannya lebih menyedihkan.

@whahaapasiii

Balas @piscestears_ ntar kita lanjut curhat online nya ya manteman

♬ original sound – Nabilazaharalazina – Nabilazaharalazina

@whahaapasiii

Balas @user578544560 makasi semua yg udah dengerin maaf klau agak belit belit karna kali pertama buat vid gni 🥺

♬ original sound – Nabilazaharalazina – Nabilazaharalazina

Ibu bapa dah siap2 lebihkan makanan

Apa yang membuatkannya lagi terkilan adalah kesungguhan ibu bapanya dalam menyediakan makanan dan menghias rumah bagi meraikan kehadiran rakan-rakan anaknya.

Namun semuanya hampa apabila mereka tidak munculkan diri sehingga makanan menjadi membazir begitu sahaja.

Sumber: whahaapasii

Continue Reading
Advertisement

Trending