Infozon
Jawapan Ini Untuk Wanita Yang Masih Ragu Potong Kuku Ketika Haid

Saya ada mendengar ustaz memberitahu bahawa orang perempuan yang sedang haid tidak boleh memotong kuku dan rambutnya. Betulkah begitu? Bagaimana pula jika kukunya sudah terlalu panjang dan mungkin banyak kekotoran yang boleh melekat dalam kukunya? Mohon penjelasan Ustaz.
Jawapan:
Perbuatan memotong kuku dan rambut tidak memerlukan syarat khusus seperti suci dari hadath kecil atau besar. Bahkan ia adalah perbuatan yang sangat digalakkan dalam Islam atas nama menjaga kebersihan.
Secara amnya tiada larangan khusus dari Al-Quran atau Al-Hadith tentang perbuatan memotong kuku dan rambut bagi perempuan yang sedang haid. Bahkan keharusannya adalah disepakati dalam empat mazhab yang utama.
Dr. Wahbah Az-Zuhaili sendiri merakamkan dalam kitabnya yang terkenal Al-Fiqhul Islamiy Wa Adillatuhu bahawa tidak makruh pun bagi seseorang yang berjunub atau dalam keadaan haid atau nifas untuk menggunting rambut dan memotong kukunya sebelum daripada suci dan mandi wajib.
Jadi, ini jelas bahawa wanita haid boleh memotong kuku dan rambutnya ketika haid. Perintah menjaga kebersihan itu adalah lebih utama untuk dititikberatkan dan dijaga.
Sumber : Ustaz Khairul Anuar Basri Alhafiz (Pendakwah/ Motivator/ Penasihat Kewangan Islam)

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit