Connect with us

Inspirasi

Jatuh Cinta Dengan Agama Islam, YouTuber Terkenal Jerman Ucap Syahadah

Pada awal bulan ini, seorang YouTuber terkenal berasal dari Jerman, Christian Betzmann membuat kejutan kepada pengikutnya apabila dia menyiarkan sebuah video mempamerkan detik pengislamannya menerusi saluran YouTube.

Saya terima Islam, kini seorang Muslim

“Saya rasa sangat ‘relaks’ seperti dapat mengawal badan saya dengan lebih baik, saya tidak tahu bagaimana untuk menggambarkannya tetapi ia adalah satu perasaan yang indah,” ujar Christian sewaktu ditanya oleh rakannya setelah memeluk Islam.

Di samping itu, Christian turut mengumumkan berita gembira tersebut dengan memuat naik beberapa keping gambar di laman sosial Instagram peribadinya, @cristianbetzmann.

Menerusi gambar-gambar berkenaan, pemuda berusia 30 tahun itu menunjukkan sijil pengesahan pengislamannya dengan riak wajah yang kelihatan sangat gembira.

Islam adalah agama kedamaian

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by Christian Betzmann (@christianbetzmann)

“Saya telah memeluk agama Islam. Saya mulakan saluran ini pada Disember lepas dan menghabiskan masa selama setahun di Pakistan. Sewaktu saya berada di sana, saya bertemu dengan ramai insan yang hebat dan belajar mengenai agama Islam serta budaya dan kehidupan umatnya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menurut Christian, dia memulakan kerjaya sebagai seorang YouTuber pada Disember lalu dan telah menghabiskan masa selama setahun di Pakistan. Di negara itulah dia mula belajar tentang agama Islam, bergaul dengan ramai umat Islam dan jatuh cinta terhadap agama Islam.

Selain itu, Christian turut menceritakan kisah silamnya dumana dia menjelaskan bahawa di negara asalnya agama ‘Islam’ sering dipandang serong oleh masyarakat.

“Membesar di Eropah, perkataan ‘Islam’ selalu dikaitkan dengan perkara negatif, peperangan, keganasan dan sejujurnya saya bukanlah seorang yang alim sebelum ini jadi saya tidak kisah apa yang orang fikir. 
“Kawan-kawan baik saya sewaktu kecil adalah muslim dan kita semua adalah ‘manusia’ yang berada dalam sebuah ‘simulasi’ digelar kehidupan,” luah Christian lagi.

Alhamdulillah, tahniah Christian! Semoga sentiasa istiqamah di jalan Allah SWT. Amin.

Advertisement

Sumber: Youtube Betzmann Vlogs , Instagram Christian Betzmann

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending