Connect with us

Inspirasi

Jatuh Cinta Berbeza Agama, Lelaki Bertatu Peluk Islam Demi Halalkan Kekasih

Baru-baru ini, tular di laman sosial kisah tentang sepasang kekasih berbeza agama yang berakhir dengan kebahagiaan. Setelah lama bersama dan memperjuangkan cinta, akhirnya keduanya berjaya menyatukan cinta mereka dalam tali pertunangan.

Seorang wanita muslim menggunakan akaun bernama @loviensky berkongsi kisah cintanya itu bersama teman lelakinya yang beragama Kristian menerusi aplikasi TikTok miliknya.

Awalnya hanya berkawan rapat

Wanita yang mesra disapa Viensky tersebut mengakui dia mula rapat dengan lelaki itu sejak tahun 2016 lagi. Difahamkan lagi, sebelum jatuh cinta pada mulanya mereka hanya berkawan rapat.

@loviensky

Teman dekat menuju teman hidup check!❤️ @bridestory @adellejewellery #bsxadellevalentinechallenge #MulaiDari100 #fyp #relationship #cintabedaagama

♬ Nothing’s Gonna Change My Love for You – GEORGE BENSON

“Pertama kali jadi kawan baik pada 17 Ogos 2016. Dia menemani saya jalan-jalan, berhibur, menonton wayang, hadir sewaktu graduasi, menyambut ulang tahun saya dan sebagainya,” tulis wanita itu pada video.

Jatuh cinta kerana dia seorang yang baik

Disebabkan lelaki itu terlalu baik terhadap dirinya, Viensky berasa selesa dengan ‘kawan rapatnya’ itu. Malah, dia turut mengaku mula berasa bahagia saat berada di sampingya. Meskipun lelaki berkenaan bertatu,  dia merupakan seorang jejaka yang sangat baik.

Viensky mendedahkan juga dia pernah merasa risau kerana agama dan kepercayaannya berbeza dengan lelaki itu. Lebih-lebih lagi dalam agama Islam, umatnya tidak boleh mengahwini pasangan beragama lain.

Namun, lelaki berkenaan selalu memberi kata-kata semangat terhadap dirinya serta berjanji untuk berjuang demi menjadikan wanita itu sebagai pasangan hidupnya suatu hari nanti.

Peluk Islam demi menghalalkan hubungan

Suatu hari, lelaki yang bernama Matthew itu pun menunaikan janjinya kepada Viensky dan menjalani prosedur untuk menjadi seorang mualaf secara sukarela di sebuah masjid. Kini, dia telah memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan.

“Dan dia tepati janjinya pada 11 Jun 2020, tanpa paksaan sesiapa pun. Sehingga kini, kami telah mengharungi pelbagai perkara bersama. Masih susah untuk percaya apa yang berlaku,” ujar Viensky.

Akhirnya, kisah cinta mereka disatukan apabila mereka mengikat tali pertunangan. Bahkan, melalui video yang dikongsi oleh Viensky, kedua-duanya kelihatan sangat gembira sewaktu majlis itu berlangsung.

Pengorbanan lelaki itu sangat besar

Menjengah ke ruangan komen, ternyata ramai netizen terharu melihat perkongsian wanita terbabit dan meninggalkan komen berbaur positif.

Kalau jodoh tak ke mana

Semoga bahagia dunia akhirat

Dalam pada itu, netizen turut mengucapkan tahniah serta mendoakan mereka agar hubungan disatukan ke jinjang pelamin kelak. Amin.

Tahniah!

Sumber: TikTik @loviensky

 

 

 

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending