WTF
Jarang Pergi Masjid, Pemuda ‘Tikam’ Imam Gara2 Tersinggung Dengar Ceramah Solat Jemaah

Seorang imam masjid dikenali sebagai Baso Daeng Sallang menjadi mangsa tikam oleh pemuda bernama Arsyad Daeng Salli di Sulawesi Selatan, Indonesia.
Memetik laporan Indozone, kejadian itu berlaku pada hari malam Selasa lalu ketika imam tersebut sedang menjamu selera bersama keluarga.
Tikam imam bersenjatakan sebilah parang
Secara tiba-tiba, pemuda berusia 25 tahun itu datang menghampiri Baso dan menikamnya menggunakan sebilah parang.
Berikutan itu, Baso mengalami beberapa luka di bahagian tubuhnya dan dikejarkan ke hospital berdekatan bagi menjalani rawatan.
Jarang pergi masjid, sakit hati dengar ceramah tentang solat jemaah
Difahamkan lagi sebaik sahaja menikam mangsa, pemuda itu melarikan diri dan tidak berapa lama kemudian secara sukarela datang menyerahkan diri kepada pihak polis.
Apabila disoal siasat oleh pihak polis, ternyata Arsyad mengaku dia bertindak sedemikian kerana selalu berasa sakit hati dengan ceramah yang disampaikan oleh imam terbabit.
“Pelaku merasa tersinggung dengan kata-kata Pak Imam pada saat di dalam masjid, pak imam berbicara dan pelaku tersinggung,” ujar pihak polis.
Tambah pihak polis lagi, pemuda itu tersinggung apabila imam tersebut menasihat menasihati para jemaah tentang kepentingan menunaikan solat dan tarawih berjemaah di masjid bagi umat Islam di bulan suci Ramadan.
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa, pemuda itu berasa sakit hati disebabkan dirinya jarang pergi masjid untuk menunaikan solat dan menganggap imam tersebut menujukan perkara itu terhadapnya.
Kes tersebut kini masih dalam siasatan pihak polis.
Sumber: TribunNews (Endra Kurniawan), Indozone

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit