Connect with us

Infozon

Jarang Berlaku, Arab Saudi & Gurun Sahara Diselimuti Salji Tebal

Masuk sahaja bulan Disember mahupun Januari, kebanyakan kawasan di dunia pasti akan mengalami cuaca sejuk dengan dipenuhi salji dan ais. Turut tidak terkecuali, gurun di Afrika dan Arab Saudi juga dilanda situasi tersebut.

Memetik laporan Daily Mail, suhu di wilayah Asir yang menurun sehingga mencatatkan -2 darjah selsius sepanjang Januari telah menyebabkan kawasan berkenaan dilanda salji.

Di samping itu, suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi telah mencatatkan 14 darjah selsius serta Jeddah sebanyak 21 darjah selsius manakala wilayah Tabuk di barat laut negara adalah tujuh darjah selsius.

Malah, laman Twitter Arab News juga memuat satu ciapan video minggu lalu yang memaparkan kawasan pergunungan di Dahr diselimuti salji tebal.

Sebahagian lokasi Arab Saudi

Selain itu, seorang jurugambar tempatan Karin Bouchetta sempat merakamkan salji di bandar kecil kawasan pergunungan Atlas, Sahara dimana memaparkan beberapa ekor unta dan kambing biri-biri sedang kesejukan.

Video lain yang dikongsi ABC News

Kejadian yang jarang berlaku itu pastinya mengundang perhatian warganet seluruh dunia, berikutan negara berkenaan amat sinonim dengan cuaca dan kawasan yang panas serta berpasir.

Sumber: Astro Awani , Daily Mail , Twitter Arab News & ABC News

Continue Reading
Advertisement

Trending